Bagaimana Ciri Wang Islam

WhatsApp Image 2017-09-12 at 3.58.53 PM

Para sarjana meletakkan pelbagai ciri sama ada ciri fizikal, teknikal dan seumpamanya. Contoh ciri fizikal ialah senang dibawa, sedang dikira, ketahanan, dan seumpamanya. Namun ciri penting yang perlu ada sebagai matawang ialah dua sifat utama di bawah;

(1) Diterima Umum

Wang mesti diterima umum dan tidak kira dalam sistem ekonomi fahaman apa sekali pun, untuk berfungsi sebagai alat tukaran, ia mesti diterima umum.

Imam Malik berkata;
Andainya kulit dijadikan wang oleh sesuatu masyarakat, maka aku akan haramkan ia ditukar dengan emas secara bertangguh.

Dapat difahami di sini, apa sahaja yang diterima umum sebagai mata wang, maka ia boleh dijadikan wang. Walaupun kulit kambing, walaupun bitcoin, walaupun mungkin garam dan gula. Wang kertas kita diterima umum,walaupun cuma kertas, kerana ia disahkan oleh kerajaan.

(2) Kestabilan Nilai

Sifat ini sangat penting kepada wang untuk menjalankan fungsi wang. Nilai yang secara umumnya stabil dan tidak mudah naik dan turun secara mendadak. Kalau wang nilainya tidak stabil, mana mungkin ia boleh menjalankan fungsi penyimpan nilai ?

Simpan duit hari ini harga tinggi, diterima, 8 bulan kemudian, wang itu tiada nilai. Wang juga sebagai pengukur nilai, pengukur hendaklah stabil. Jika pengukur berubah-ubah, bagaimana ia boleh mengukur sesuatu?

Di dalam al-Quran Allah melaknat golongan mutaffif, iaitu golongan yang curang dalam timbangan. Maksudnya timbangan itu mestilah tepat. Dan bagaimana mungkin wang sebagai penimbang nilai, boleh berubah-rubah nilainya ? Atau naik dan turun secara mendadak ??

Berasaskan kedua-dua sifat tadi, ramai menjadikan emas dan perak sebagai asas kewangan sebagaimana telah diamalkan oleh masyaraka sebelum Islam lagi. Emas dan perak diterima umum dan harganya pula secara relatifnya stabil. Emas dan perak bukanlah satu-satunya mata wang Islam, tapi ia telah digunakan sejak zaman terdahulu kerana ia memenuhi sifat emas.

Dan apabila Islam datang, Rasulullah SAW telah mengusahakan agar pengiraan mata wang diselaraskan. Sebab itu untuk menimbang wang, Rasulullah menetapkan timbangan menggunakan timbangan ahli Mekah (Sunan Abu Daud). Hal ini adalah untuk menyeragamkan timbangan mata wang, kerana pada zaman itu, nilai emas ditentukan secara timbangan berasaskan ukuran dinar.

Ciri kestabilan nilai ini sangat-sangat penting sehinggakan semua sarjana Islam berpendapat bahawa mata wang rasmi negara hendaklan ditentukan dan dikawal selia oleh autoriti dalam negara. Tiada sebarang pihak lain yang boleh campur tangan dalam penerbitan wang.

Walaupun Islam menerima emas dan perak sebagai mata wang global, berasaskan hadis larangan tukaran emas dan perak secara berbeza dan bertangguh, Islam juga tidak menetapkan mata wang itu hanya kepada emas dan perak sahaja, asalkan kerajaan boleh kawal nilainya di pasaran.

Inilah yang menjadi pertikaian terhadap bitcoin kerana bitcoin tidak dikawal selia oleh sesiapa, dan nilai bitcoin juga tidak boleh dikawal oleh sesiapa kecuali demand and supply sahaja. Walaupun bitcoin dihadkan kepada limit tertentuk (scarcity) untuk menjamin nilainya, tapi ia masih terdedah kepada risiko nilai kerana terdapat pelbagai altenatif crypto currency yang lain. Inilah aspek monetari yang sangat dititik beratkan oleh Syariah tetapi ia bersifat makro dan bukan urusan individu.

Justeru, kita menerima emas sebagai mata wang global, kerana emas dalam apa jua keadaan nilainya masih agak stabil, walaupun juga naik dan turunnya.

Persoalan lain pula, bolehkan kita melabur dalam emas secara spekulasi?

Iaitu membeli dengan tujuan untuk jual balik apabila harga naik. Ini kerana dalam sistem monetari Islam, wang bukanlah komoditi yang boleh dijual beli untuk diambil keuntungan daripadanya. Wang diminta (demand for money) dalam ekonomi Islam tidak kerana tujuan spekulasi.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s