5 Risiko Pelaburan Emas Yang Tidak Ramai Mengetahuinya

1de9e63b-a42a-4a4a-999e-3851024becf4_169

Ramai yang mengatakan bahawa pelaburan emas adalah salah satu aset dan pelaburan yang paling stabil. Dengan bahasa mudah, memiliki emas tidak akan rugi walaupun negara berhadapan dengan krisis mata wang sekalipun.

Tetapi, benarkah begitu?

Anda perlu tahu bahawa dalam setiap jenis pelaburan samada saham, hartanah atau selainnya tentu sahaja akan ada risiko dihadapannya dan pelaburan emas juga tidak terkecuali.

Berikut adalah beberapa perkara yang kita perlu anda tahu sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam emas.

(1) Tidak Sesuai Untuk Pelaburan Jangka Masa Pendek

Berdasarkan statistik, umumnya nilai emas dilihat berpotensi untuk naik dari tahun ke tahun. Tapi, kita perlu faham bahawa emas adalah paling ideal sekiranya dijadikan simpanan dan bukannya pelaburan – kecuali untuk pelaburan jangka masa panjang (sekurang-kurangnya 2 hingga 5 tahun).

Senang kata, kita boleh membeli emas sekiranya kita mempunyai banyak wang lebihan (tidak akan dipakai pada waktu terdekat) dan jika kita ingin wang kita selamat dan terus bernilai untuk jangkamasa lama. Ini kerana, nilai emas tetap ada pasang surutnya akibat supply dan demand antarabangsaapatah lagi buat jangka masa pendek.

WhatsApp Image 2017-09-09 at 3.50.12 PM

Seperkara lagi, walaupun harga emas perhiasan lebih tinggi daripada emas pelaburan (gold bullion coin, jongkong emas, wafer, dan sebagainya), emas perhiasan terdedah kepada susut nilai sekitar 25%. Barang kemas ini juga biasanya dibuat daripada emas Au916 (91.6% tulen) berbanding emas pelaburan yang diperbuat daripada fine gold (Au999.9). Tambahan pula, kos upah untuk emas perhiasan juga boleh dimanipulasi oleh pekedai emas.

(2) Perlu Mencari Penjual dan Pembeli Yang Betul

Berbeza dengan matawang, emas bersifat universal kerana ia boleh dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa. Walau apa bentuk sekalipun, ianya tetap bernilai sepanjang zaman.

Ada beberapa tempat yang boleh kita membeli emas antaranya:

  • Kedai Emas – kalau dibeli dengan harga runcit, kebiasaan harganya agak tinggi. Maka seeloknya ketahui harga borong dan buat survey untuk dapatkan harga terbaik terlebih dahulu. Jika ingin membeli dari kedai emas yang kecil, pastikan anda yakin akan ketulenannya kerana risiko tetap ada
  • Internet – Perlu berhati-hati kerana mungkin ada unsur syubhah di situ apabila ada kelewatan di dalam penyerahan emas.
  • Bank – Ada bank yang mematuhi shariah menjual emas fizikal. Emas atas kertas (gold pass book) biasanya tidak patuh syariah sehingga artikel ini ditulis, hanya Kuwait Finance House sahaja yang mematuhi shariah
  • Pengeluar / Syarikat Emas — Terdapat pelbagai syarikat emas yang diiktiraf di Malaysia. Secara peribadi, saya menyokong dan yakin akan setiap produk keluaran Public Gold International kerana umum mengetahui akan keutuhan syarikat serta kualiti emas yang dikeluarkan. Setiap emas pelaburan yang dijual mempunyai pengiktirafan antarabangsa LBMA serta harga rendah dari pasaran

WhatsApp Image 2017-09-06 at 3.50.29 PM

Di sini saja kita boleh lihat bahawa ia memerlukan ilmu untuk memastikan sumber emas itu benar-benar asli agar tidak dipertikaikan semasa nak menjualnya semula nanti. Di samping itu, penting untuk anda memahami syarat jualan baik atau nilai buyback iaitu susut nilai yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.

(3) Perlukan Tempat Simpanan

Jika anda mempunyai kuantiti emas yang sedikit, masih boleh anda simpan di lokasi rahsia di rumah anda dan sebaliknya melebihi anggaran berat, pasti membuatkan hati anda runsing akan kehilangan emas-emas tersebut. Secara tidak langsung anda berkemungkinan besar menambahkan kos sampingan seperti peti simpanan berbayar samada di bank atau syarikat persendirian.

11888079_10200916649473870_2149850815521472086_n

Berkenaan dengan kos menyewa kotak simpanan ini bergantung kepada saiz yang anda perlukan. Selalunya mempunyai 3 jenis saiz di pasaran samada medium, large atau xtra large. Tentang harga, ianya berbeza tergantung syarikat dan pastinya nilai insuran yang anda cover juga memainkan peranan pertambahan harga.

13417562_1220839647927427_2399391100362666264_n

(4) Terlibat Dengan Scam

Sukar dinafikan, dalam ledakan teknologi ini semakin banyak peluang untuk scammer mencari mangsa-mangsa penipuan yang bertopengkan perniagaan / pelaburan emas. Malah, tidak kurang juga golongan yang menggunakan hadis lemah (dhaif) atau hadis palsu sebagai hujah untuk melariskan perniagaan emas mereka.

image

Apapun, sebagai pembeli, kita perlu faham bahawa emas perlu diniagakan secara fizikal dan keuntungannya diperolehi melalui kenaikan harga emas semasa. Bukannya skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap dalam tempoh masa bulanan atau tahunan kerana ini dianggap sebagai salah satu unsur riba’. Banyak syarikat yang menawarkan skim begini telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia ataupun cabut lari.

Ambil iktibar dari pelbagai kes skim pelaburan emas yang palsu antaranya Geneva, Tok Belagak dan selainnya.

(5) Unsur Riba’

Terakhir sekali, emas adalah merupakan barang ribawi, maka syarat jual beli adalah sangat ketat supaya ianya tidak jatuh hukum riba. Jual beli dan pelaburan emas begitu mudah terdedah kepada unsur riba’ jika penjual dan pembeli sendiri tak alert terhadap garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.

Antaranya:

  • Serah Dan Terima Dalam Satu Masa (Taqabud) – Pastikan berlakunya pertukaran serta merta terhadap penyerahan dan pembayaran. Menurut Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan penyerahan sijil hakmilik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun hukumnya sah dan harus di sisi Islam. Dengan syarat, sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki.
  • Tiada Penangguhan – Pembayaran yang terlibat dalam urusniaga ini wajib menggunakan sama ada tunai, kad debit / kad kredit, cek tempatan. Tidak boleh dibayar secara ansuran atau hutang.
  • Tiada Unsur Riba’ – Sekiranya kita mahu membuat pelaburan dalam bentuk akaun pelaburan emas, seeloknya terdapat satu jaminan atau pengesahan yang diiktiraf oleh Majlis Syariah tertentu. Sebarang bentuk hadiah, dividen, atau faedah adalah tidak dibenarkan syarak. Selain itu, emas tersebut juga perlu dizakatkan apabila cukup tempoh/haul.

Pelbagaikan Pelaburan Anda

Pokok pangkalnya, emas menawarkan salah satu alternatif pelaburan yang menguntungkan. Tetapi, kita perlulah ada ilmunya. Tiada kekayaan yang datang begitu saja tanpa usaha, bukan?

Jumlah yang ideal untuk dilaburkan dalam emas adalah 5% ~10% daripada duit lebihan (surplus) yang anda miliki. Bukannya semua wang anda laburkan kepada emas kerana memiliki wang kertas itu juga perlu untuk kegunaan harian.

Pelbagaikan sumber-sumber pelaburan anda dalam bentuk yang berlainan agar ia boleh disesuaikan dengan keperluan anda demi mencapai financial freedom di masa mendatang.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s