Sebelum itu harus kita fahami bahawa INFLASI bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.
Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang hanya dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih sedikit daripada sebelumnya. Inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.
Dalam erti kata lain, Inflasi adalah pencuri senyap yang mencuri nilai wang Anda !!
Anda masih belum jelas ?
Baiklah, saya cuba memberikan huraian ringkas semoga kita semakin mengerti dalam persoalan ini.
Sebagai contoh, anda menyimpan RM1000 di dalam bank dan dalam setahun katakan Inflasi mencecah 4 %. Maka dengan ini nilai sebenar wang anda hanyalah RM960 sesudah setahun.
Inflasi lahir bersama-sama wang kertas yang tidak disandarkan langsung kepada Emas. Ianya hanyalah sekeping kertas bercetak yang diletakkan nilai di atasnya, sangat mudah untuk dimanipulasikan dan semestinya digunakan sebagai senjata untuk memiskinkan negara-negara musuh !!
Justeru itu untuk melepasi tahap Inflasi agar wang simpanan kita tidak menyusut malah semakin bertambah, sangat digalakkan agar anda melabur di dalam platform yang selamat juga patuh syariah.
Keyakinan yang tinggi bagi mereka yang menyimpan Emas kerana ianya bernilai sepanjang zaman, bertindak sebagai insuran kekayaan, penyimpan nilai yang terbaik dan semestinya ia kalis inflasi.
Sejarah telah banyak membuktikannya. Masih ingin terus menunggu ?
3 thoughts on “INFLASI – Pencuri Wang Dalam Diam”