Tatkala Tertutup Semua Jalan

Selawat dan Salam buatmu Ya Rasullullah ! Setelah tiga tahun Rasulullah SAW dan umat islam dipulaukan oleh bangsanya sendiri, ramai yang telah memeluk agama islam meninggal dunia akibat kesukaran hidup. Selang tidak berapa lama kemudian, dua orang yang paling dicintai Baginda SAW; Khadijah isteri kesayangan dan Abu Talib yang sentiasa mempertahankan Baginda SAW meninggal dunia. … Continue reading Tatkala Tertutup Semua Jalan

Akhlak Sayyidatina Fatimah Az-Zahra

Masya Allah.Akhlak peribadi terpuji dari puteri Baginda Rasullullah SAW yang tercinta. Tiba-tiba seorang tua muncul ketika Rasulullah sedang berkumpul bersama para sahabatnya di dalam masjid selepas usai mengerjakan solat jemaah. Maka berkatalah orang tua itu; "Wahai, Rasulullah, saya sangat lapar. Tolonglah saya dan saya tidak punyai pakaian kecuali yang berada di badan sekarang. Berikanlah kepada … Continue reading Akhlak Sayyidatina Fatimah Az-Zahra

Kisah Sayyidina Abu Bakar Dipatuk Ular

Sebak rasa hati tatkala mengingatkan kisah Sayyidina Abu Bakar sewaktu dipatuk ular di Gua Tsur sewaktu beliau menemani dan melindungi Baginda Rasulullah SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah. Di gua Tsur wajah Abu Bakar pucat lesu. Langkah kaki para pemuda Quraisy tidak lagi terdengar. Dari celah gua ia mampu melihat para pemburu itu berada di … Continue reading Kisah Sayyidina Abu Bakar Dipatuk Ular

Melayu Islam Sudah Bangkit?

Melayu Islam..Sudah bangkit dari lena alpa?Tika kepala dan kepentingan diri di henyak…Atau tika Islam mula di pijak?Tika khazanah warisan hampir habis di ratah penjarah…Atau tika tiada lagi maruah yang boleh di rasuah? Apakah mahu bangkit di atas dasar asobiah..Atau bangkit dari keinsafan sebenar-benar taubah?Andai asobiah yang menjadi hujah…Maka kelemahan pihak lain yang sibuk di persalah.Andai … Continue reading Melayu Islam Sudah Bangkit?

Buat Anda – Para Isteri Yang Begitu Berharga

Hanya sekadar nasihat membina …. 😊 Jangan sesekali bergantung sepenuhnya kepada suami, dan bina usaha sendiri pada waktu yang sama walaupun hanya sekadar cuma. Keutamaan yang penuh wajib atas pergantungan kepada tuhan yang Maha Esa. Kita tidak tahu apa yang berlaku di kemudian hari. Barangkali sang suami dijemput pergi oleh ilahi atau mungkin cinta beralih … Continue reading Buat Anda – Para Isteri Yang Begitu Berharga

Ikrar Yang Dilafazkan Setiap Hari

Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung; "Katakanlah: "Sesungguhnya solat ku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." (Surah Al-An'aam : Ayat 162) Ianya merupakan ikrar yang dilafazkan oleh kita setiap hari. Kerana itulah di dalam solat kita di ajar untuk berserah diri kepada Allah SWT. … Continue reading Ikrar Yang Dilafazkan Setiap Hari

Hayati Kisah Nabi Yusuf as – Sebagai Persediaan di Hari Mendatang

Mengikut data Bank Negara Malaysia 2016 di dalam buku "The Colour Of Inerquality" pernah menyatakan bahawa; Hanya 1 dari 10 orang rakyat kita mampu bertahan lebih 6 bulan jika hilang pekerjaan.Hanya 1 dari 5 pemegang akauan KWSP memiliki simpanan kurang dari RM10,000. Jika perbelanjaan RM1,000 sebulan mereka hanya mampu bertahan hingga 10 bulan sahaja.Jika bersara … Continue reading Hayati Kisah Nabi Yusuf as – Sebagai Persediaan di Hari Mendatang

Surah Al-Fatihah Sebagai Hadiah Yang Terbaik

Ini adalah antara ilmu baru yang saya perolehi dari hasil pembacaan yang secara tidak langsung mengetuk hati saya yang paling dalam dan ingin sekali saya kongsikan kepada anda semua. Sebaik mungkin secara konsisten, usahakan setiap kali selepas solat agar menghadiahkan bacaan Al-Fatihah khas kepada; Baginda Muhammad SAWKedua IbuBapaPara Guru yang pernah membimbing kita dengan ilmunyaPasangan … Continue reading Surah Al-Fatihah Sebagai Hadiah Yang Terbaik

Hiduplah Seperti Akar

Salam Buatmu Saudaraku Yang Bahagia, Hiduplah seperti akar,Yang mana rela memberikan segalanya, meskipun terkadang sang pohon tak pernah melihat dirimu ke bawah. Hiduplah seperti akar,Yang mana memberi dan tidak pernah meminta kembali. Hiduplah seperti akar,Yang mana menjadi peranan utama, meskipun tak pernah ada yang memuji mu. Hiduplah seperti akar,Yang mana menjadi penyebab setiap kebaikan, meskipun … Continue reading Hiduplah Seperti Akar

Iqra

Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung; اِقْرَأْ بِا سْمِ رَبِّكَ الَّذِيْ خَلَقَ ۚ "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)," (QS. Al-'Alaq 96: Ayat 1) خَلَقَ الْاِ نْسَا نَ مِنْ عَلَقٍ ۚ "Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;" (QS. Al-'Alaq 96: Ayat 2) اِقْرَأْ وَرَبُّكَ الْاَ كْرَمُ ۙ "Bacalah, … Continue reading Iqra