Hanya sekadar nasihat membina …. 😊
Jangan sesekali bergantung sepenuhnya kepada suami, dan bina usaha sendiri pada waktu yang sama walaupun hanya sekadar cuma. Keutamaan yang penuh wajib atas pergantungan kepada tuhan yang Maha Esa.
Kita tidak tahu apa yang berlaku di kemudian hari. Barangkali sang suami dijemput pergi oleh ilahi atau mungkin cinta beralih arah memakan hati dan diri.
Ingat,
Langit tidak selalunya cerah !
Justeru itu, mulakan simpanan peribadi sebagai tabungan kecemasan sendiri. Sebelum kita dapat fikirkan dengan tenang, sekurang-kurangnya anda ada tabung yang boleh digunakan dahulu untuk meneruskan kehidupan bersama zuriat tersayang.
Maaf, jika anda seorang yang boros berbelanja untuk sesuatu bukan menjadi keperluan utama, mula berjinak lah dengan menyimpan sang Emas kerana terbukti ianya salah satu terapi terbaik menghilangkan penyakit nafsu boros berbelanja.
Jika mampu, usahakan membeli sebuah rumah sebagai perlindungan masa mendesak. Kerana tatkala tiadanya sang suami kemudian hari nanti, anda tidak hilang arah tujuan. Semat dalam diri bahawa zuriatmu amat memerlukan dirimu sebagai tempat perlindungan yang utama.
Bersyukurlah, anda adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat istimewa. Malah menjadi pintu utama memasuki ‘syurga’ buat zuriat yang di lahirkan. Kuatkan semangat dan mulakan tindakan. Bak kata orang lama; sediakan payung sebelum hujan.
Ingin sekali lagi saya ingatkan kepada anda bahawa, dirimu amat berharga !