Salam buatmu Saudaraku di mana sekali pun kalian berada. Ingatlah, sebuah kapal yang sedang belayar itu perlu jelas pulau mana yang mahu ditujunya agar tiada tersesat di lautan yang luas atau berlabuh di pulau yang salah.Bayangkan jika puluhan tahun hidup dalam kesalahan arah tuju, tatkala tersedar dilihat sudah begitu jauh ia dari pulau yang sebenar. … Continue reading Serahkan Dirimu Kepada Tuhanmu
Category: Sekadar Renungan
Perahu Yang Berlubang
Seorang lelaki telah diminta utuk mengecat sebuah perahu oleh pelanggannya. Di saat mengecat, ia menemukan sebuah lubang kecil di lambung perahu tersebut dan menampalnya secara diam. Begitu selesai mengecat, ia terima upahnya dan berlalu pergi. Tidak lama berselang, pemilik perahu menemui lagi lelaki tersebut dan memberinya wang yang nilainya sungguh tinggi. Dalam kebingungan Si tukang … Continue reading Perahu Yang Berlubang
Peta Kehidupan Seorang Manusia
Wahai EMPUNYA DIRI, engkau bukan berurusan dengan dunia, akan tetapi engkau berurusan dengan "Peta Dunia" yang ada di dalam fikiranmu! Wahai EMPUNYA DIRI, tujuan hidup itu bagaikan sebuah peta. Yang akan memberikan petunjuk kepada dirimu agar engkau tidak salah menuju ke koordinat yang asal. Menggapai tujuan itu sama seperti halnya ketika engkau mencari sebuah alamat. … Continue reading Peta Kehidupan Seorang Manusia
Kenapa Banyak Yang Berzikir Tetapi Membuatkan Dia Semakin Dekat Dengan Syaitan?
Seorang murid bertanya kepada gurunya (Imam Al Ghazali);“Syeikh, bukankah zikir membuat seseorang beriman lebih dekat dengan Allah Ta’ala dan syaitan akan berlari menjauh darinya?" “Benar,” Jawab Imam al-Ghazali. “Namun, kenapa ada orang yang semakin rajin berzikir semakin dekat pula dia dengan syaitan atau kesyaitanan?” Gurunya yang diberi gelaran Hujjatul Islam inipun menjawab:“Bagaimana pendapatmu, jika ada … Continue reading Kenapa Banyak Yang Berzikir Tetapi Membuatkan Dia Semakin Dekat Dengan Syaitan?
Kiasan Melalui Telur Ayam
Seorang pemuda Arab bertanya kepada seorang Ulama yang memberikan kuliahnya di Mekah iaitu mengapa Allah menjadikan orang-orang yang menentang agama seperti Firaun, Qarun, Hamman, Namrud, dan lain-lain? Katanya, adalah lebih baik orang seperti ini tidak perlu diciptakan oleh Allah, supaya para Nabi ini senang, dan usaha agama ini dipermudahkan. Mengapa perlu diciptakan penentang-penentang seperti mereka … Continue reading Kiasan Melalui Telur Ayam
Insan Yang di Rindui
Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam (selawat dan salam buatmu Ya Rasulullah). Kisah Rasulullah di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum tatkala Jibrail berkata bahawa umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain. Betapa Rasulullah begitu merindui umatnya, umat … Continue reading Insan Yang di Rindui
Bangkit Dari Kepasrahan
Seorang jejaka yang tidak lulus ujian memasuki universiti telah dinikahkan oleh orang tuanya dengan seorang gadis pingitan. Untuk memberi nafkah kepada isterinya, dia mencuba menjadi guru pra-sekolah dan mulai mengajar. Oleh sebab tidak mempunyai kelulusan latihan mengajar, belum sampai satu minggu dia sudah diberhentikan. Setibanya di rumah, si isteri cuba menenangkannya dengan berkata;"Banyak ilmu dalam … Continue reading Bangkit Dari Kepasrahan
Najis Itu Ada di Hatimu
Jangan pernah merasa suci berbanding makhluk yang lain! Kisah ringkas yang di nukilkan ini datangnya dari Abu Yazid Al-Busthami yang merupakan seorang Syeikh atau pemimpin para kaum Sufi. Subhanallah,Beliau pernah mendapatkan ilmu yang sangat berharga walaupun dari seekor anjing jalanan. Suatu ketika, Abu Yazid Al-Busthami berjalan sendirian di malam hari seperti kebiasaan lalu, beliau melihat … Continue reading Najis Itu Ada di Hatimu
Lupa
Ternyata acap kali kita lupa bahawa diri kita ini teramat hina, fakir dan dhaif. Kesombongan, angkuh dan pelbagai lagi belenggu menguasai diri. Malangnya, tidak kita sedar bahawa dunia ini hanyalah bersifat sementara. Tidak sesekali kita bertanya kepada diri; Siapa kita?Dari mana kita?Mahu ke manakah tujuan kita? Sebagai peringatan buat diriku atas firman-Nya yang agung; ثُمَّ … Continue reading Lupa
Sudahkah Diri Bersedia?
Dunia semakin membahang malah hati menjadi gentar akan pelbagai peristiwa dan kisah-kisah semasa dunia. Benar, kita kini telahpun berada di fasa ke-4 dan fitnah telahpun merajai pelbagai tempat. Daku akui, diri tidak mampu melawan arus namun daku yakin, bersama redha dan kasih kurniaan Allah, pasti perlindungan memayungi setiap hamba-hamba-Nya. Sejak akhir-akhir ini, semakin kuat diri … Continue reading Sudahkah Diri Bersedia?
