Sudahkah Diri Bersedia?

Al - Kahfi
10 ayat awal dan akhir Surah Al – Kahfi

Dunia semakin membahang malah hati menjadi gentar akan pelbagai peristiwa dan kisah-kisah semasa dunia.

Benar, kita kini telahpun berada di fasa ke-4 dan fitnah telahpun merajai pelbagai tempat. Daku akui, diri tidak mampu melawan arus namun daku yakin, bersama redha dan kasih kurniaan Allah, pasti perlindungan memayungi setiap hamba-hamba-Nya.

Sejak akhir-akhir ini, semakin kuat diri mempelajari Ilmu Eskatologi dan Fitan (fitnah akhir zaman) dari pelbagai guru yang ku akui hebat membuka mata hati dan minda (sekalung kasih terutamanya buatmu Syeikh Imran Husain, Ustaz Auni dan Ustaz Zulkifli). Alhamdulillah, terima kasih Ya Rahman akan kurniaan ini.

Eskatologi beerti satu disiplin ilmu atau pengetahuan yang bersangkutan dengan hal-hal akhir zaman, realiti akhirat sebagai akhir kehidupan seperti kematian, kebangkitan, pengadilan terakhir serta kiamat sebagai akhir dunia.

Percaya kepada apa yang disampaikan Baginda Muhammad SAW adalah kesempurnaan iman bagi seseorang mukmin. Mungkin ada yang masih sangsi mereka berada di penghujung zaman. Malah, terlalu banyak peringatan yang diberikan Baginda buat umat sekalian alam agar bersedia akan kedatangan Sang Pemusnah Al-Masih ad Dajjal.

Daku berpesan kepada diriku agar sentiasa membasahi lidah membaca ayat-ayat suci Surah Al-Kahfi sebagai pelindung diri dari angkara Sang Pemusnah ini. Ketahuilah bahawa terdapatnya 4 jenis fitnah dari makna tersirat dalam surah tersebut untuk kita hayati sebaik mungkin iaitu;

1. Fitnah Agama

Pada ayat 9 – 26 surah ini bercerita mengenai kisah Ash-habul kahf (penghuni gua).

Dari kisah ini, Allah Ta’ala mengkhabarkan bahawa mereka adalah para pemuda yang menyelamatkan keyakinan dari kaum mereka yang telah terjerat oleh kesyirikan dan pengingkaran terhadap hari kebangkitan. Supaya fitnah itu tidak menimpa mereka, sehingga mereka memutuskan untuk bersembunyi di sebuah gua yang berada di gunung, dengan maksud menyembunyikan diri dari kaum mereka sendiri.

Sehingga yang menjadi pelajaran adalah jika muncul fitnah yang mengancam agama seseorang, maka disyariatkan bagi orang tersebut untuk menyingkir dari khalayak demi keselamatan agamanya. Dan di kabarkan oleh Allah, bahwa para pemuda Ash-habul Khafi melakukan hal tersebut dan tinggal di gua selama 309 tahun.

Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;

وَلَبِثُوا فِي كَهْفِهِمْ ثَلَاثَ مِائَةٍ سِنِينَ وَازْدَادُوا تِسْعًا

Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu). (Surah Al-Kahfi : Ayat 25)

2. Fitnah Harta

Pada ayat 32 – 44 berkisah mengenai si kaya dan si miskin.

Dikisahkan bahawa si kaya dan si miskin diberi kebun yang ditengah-tengahnya mengalir sungai sehingga menyburkan kebun-kebun mereka, namun kerana terlena oleh banyaknya harta dan keturunan yang dimiliki maka si kaya berkata kepada temannya si miskin “Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya” (Surah Al-Kahfi : Ayat 35) dan kemudian dia lanjutkan “dan aku kira hari kiamat itu tidak akan datang, dan sekiranya aku dikembalikan kepada Tuhanku, pasti aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini” (Surah Al-Kahfi : Ayat 36). Lihatlah fitnah harta dapat membutakan seseorang dari ketakutan akan hari akhir.

Allah menegaskan dalam surah yang sama melalui (Surah Al-Kahfi : Ayat 46) bahawa “harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan”.

Sehingga yang menjadi pelajaran adalah janganlah harta, keturunan dan kekuasaan menjadikan kita orang yang cinta dunia dan tidak mengutamakan akhirat. Gunakan harta sebaik-baiknya untuk menjadi bekal akhirat, hindari sifat kedekut dan bermewah-mewahan.

3. Fitnah Ilmu

Pada ayat 60 – 82 surah ini bercerita mengenai perjalanan Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s.

Dikisahkan bahawa Nabi Musa a.s berjalan bersama pembantunya (Nabi Yusha’) untuk mencari orang yang telah diajarkan ilmu yang benar oleh Allah SWT untuk menjadi petunjuk baginya.

Selama dalam perjalanan ada tiga jenis tindakan yang dilakukan oleh Nabi Khidir a.s yang membuat Nabi Musa a.s tidak sabar dan selalu memprotes, walhal sebelumnya Nabi Khidir a.s telah mengatakan bahawa kau (Nabi Musa a.s) tidak sanggup bersabar bersamaku (Surah Al-Kahfi : Ayat 67).

Ketiga tindakan Nabi Khidir a.s adalah membocorkan perahu yang mereka tumpangi, membunuh seorang anak dan membetulkan dinding sebuah rumah. Nabi Musa yang merasa tidak mengerti dengan perbuatan, menjadi tidak sabar dan terus bertanya hingga akhirnya Nabi Khidir a.s menjelaskan alasan-alasan kenapa beliau melakukannya hingga sampai pada kalimat “… Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya” (Surah Al-Kahfi : Ayat 82)

Pelajaran yang dapat diambil dalam kisah ini adalah jangan sampai kerana kita sudah merasa berilmu sehingga menjadikan kita terfitnah dan menjadi peribadi yang sombong, berbangga diri dan tidak sabar terhadap sesuatu yang tidak kita ketahui.

Ilmu yang hakiki adalah ilmu yang mampu membawa kita kepada kehidupan dunia yang lebih baik dan kehidupan akhirat yang jauh lebih menyenangkan, iatu syurga.

4. Fitnah Kedudukan

Pada ayat 83 – 98 surah ini bercerita tentang Zulkarnain yang diberi kedudukan kepadanya di bumi dan sikapnya terhadap Yakjuj dan Makjuj.

Al-Quran menjelaskan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah makhluk yang melakukan kerusakan di bumi, sehinggalah ada suatu kaum yang meminta Zulkarnain untuk membuat dinding pemisah antara mereka dan akan memberi imbalan kepada beliau, namun Zulkarnain menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. (Surah Al-Kahfi : Ayat 95)

Maha Suci Allah, lihatlah kedudukan di bumi yang diberikan oleh Allah kepada Zulkarnain tidak menjadikannya berbangga diri, bahkan beliau mengatakan bahawa imbalan yang dijanjikan tiada apa-apanya dibanding nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya.

Sesiapa yang diberi kedudukan harusnya sedar bahawa jika bukan kerana kuasa Allah maka dia bukanlah siapa-siapa. Kedudukan merupakan salah satu ujian dan fitnah terbesar manusia.

Kedudukan bukan untuk disalahgunakan tetapi untuk membangun masyarakat yang lebih baik. Dan salah satu yang menarik melalui kisah ini adalah seorang pemimpin harus menjadikan masyarakat mereka sebagai teman bekerja dan bukannya sebagai penikmat hasil kerja.

Semoga perkongsian ilmu ini dapat mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Esa dan lebih bersedia mengharungi kehidupan yang semakin sukar kini. Jadikan Surah Al-Kahfi ini antara amalan harianmu. In Shaa Allah

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Mujib,
Jadikanlah kami menjadi sebaik-baiknya Hamba-Mu dan jauhkan kami dari kelalaian, kekufuran, kefakiran serta melakukan sebarang kemaksiatan. Allahumma Ameen.

Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebaikan dan kesabaran.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s