Ir. Sutami, beliau adalah Menteri Pekerjaan Umum yang menjawat selama 4 fasa kabinet sejak tahun 1966 sehingga 1978.
Beliau dilahirkan di Surakarta, Jawa Tengah pada tanggal 19 Oktober 1928.
Kerana ketelusan dan kejujurannya, Ir Sutami diberi kepercayaan dan amanah di era Presiden Sukarno dan Presiden Suharto menjadi Director dalam menguruskan berbagai projek mega negara yang memerlukan dana perbelanjaan yang besar.
Meskipun demikian , beliau tidak sesekali mengambil kesempatan memanfaatkan dana projek-projek tersebut untuk tujuan rasuah dan kepentingan diri. Alhamdulillah
Di bawah pengawasannya, projek mega negara sehingga kini berdiri teguh dan utuh antaranya;
- Gedung DPR RI
- Jembatan Semanggi
- Waduk Jatiluhur
- Bandara Ngurah Rai.
- Jembatan Musi Palembang
- Jalan Tol Pertama di Indonesia ( Tol Jagorawi)
Ir Sutami adalah satu-satunya menteri yang paling ‘miskin’ di Indonesia bahkan tiada yang seumpamanya di zaman ini. Beliau seorang yang lurus, berpengetahuan tinggi, jujur dan sangat amanah.
Pernah suatu ketika di hari lebaran, datangnya para tetamu yang mengunjung dan mereka sangat terkejut di saat menginjakkan kaki ke laman rumah Ir Sutami yang mana melihat rumah beliau amat sederhana dengan atapnya yang bocor di mana-mana. Pasti, tiada sebarang kemewahan di dalam hidup beliau ini.
Bahkan pernah bekalan elektrik di rumahnya terpotong gara-gara lewat menyelesaikan bil semasa kerana menunggu wang gajiannya di bulan itu walhal, sebagai Menteri, beliau boleh sahaja mengarahkan kepada sesiapa sahaja untuk segalanya yang dia mahukan.
Allahu, rumahnya di Jl. Imam Bonjol, Jakarta itu dibeli secara bayaran ansuran dan hanya tamat dapat dilunaskan menjelang ianya pencen. Subhanallah, tidak sesekali beliau menggunakan kemudahan negara untuk tujuan peribadinya. Malah, segala kemudian yang ada turut dikembalikan kepada pihak kerajaan setelah waktu pencen nya tiba.
Sungguh, amat sukar bagi kita menemui insan mulia sepertinya di zaman ini. Semoga akan lahir para pemimpin sepertinya lagi atas izin Allah.
Semoga Allah menempatkan ruhnya bersama insan-insan terpilih dan melapangkan kuburnya serta menjadi salah satu dari taman syurga nan indah.
Biarpun ‘miskin’ di dunia, pasti segala usahanya sebelum ini membuatkannya menjadi kaya-raya di akhirat. Allahumma Ameen
