Di zaman Nabi Allah Sulaiman as berlaku satu peristiwa yang mana di suatu hari Baginda melihat seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus?
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut tersebut; “Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?”
Semut itupun menjawab; “Rezeki di tangan Allah, aku percaya rezeki di tangan Allah, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”.
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya; “Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang makanan yang engkau gemari? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”
Jawab semut; “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan.”
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan;
“Jika kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tidak perlu kamu melata di atas batu, aku boleh tolong.”
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi Allah Sulaiman ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu.
Kemudian Nabi Allah Sulaiman tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Apabila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut itu;
“Kamu rupanya berbohong kepadaku. Bulan yang lalu kamu katakan kamu hnaya makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tetapi kamu makan setengahnya sahaja.”
Jawab semut;
“Aku tidak berbohong. Jika aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.
Tetapi apabila engkau memasukkan aku ke dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tidak percaya kepadamu, kerana itulah aku makan setengahnya sahaja agar aku dapat bertahan di bulan seterusnya. Aku takut kamu lupa.”
Maha Suci Allah,
Itulah iman Sang Semut !
Bagaimana dengan kisah berkaitan Iman Manusia?
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati dan kerja itu bukanlah kerja orang ganjil kerana, tatkala adanya orang mati, pasti mayat terpaksa ditanam dan kuburnya perlu digali terlebih dahulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak menggali kubur untuk menanam mayat.
Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di interview oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.
Selepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya;
“Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, hanya dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”
Jawab Imam Suffian;
“Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan”. Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan sogokan duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.”
Ternyata melalui kedua kisah ini, iman semut lebih kuat dari iman nya manusia. Allahu rabbi, yakinlah, rezeki itu adalah jaminan Allah !
Wallahu a’lam