PAGI !!
Sebagai seorang Alumni ESQ yang baik, anda perlu mempunyai 12 ciri iaitu;
SATU HATI
- Satu atau menyatu antara hati, kata dan perbuatan. Hati dan fikirannya bersih dengan ZMP ( Zero Manacle Process ) dan sentiasa berzikir.
- Mengamalkan 7 nilai dasar iaitu jujur, tanggung jawab, visioner/berwawasan, disiplin, kerjasama, adil, dan peduli/perihatin dalam seharian.
ENAM PRINSIP
- Teguh, tidak mudah stress dan nampak tenang kerana selalu meninggikan kecintaan Allah di dalam hatinya
- Berbuat kebaikan dan suka menolong kerana percaya Malaikat mencatat setiap amalan / perbuatannya
- Mampu memimpin dirinya sendiri dan orang lain serta menjadikan Baginda Rasulullah Uswah Hasanah (sebaik-baik tauladan)
- Suka belajar dan terus melakukan perbaikan dengan tuntunan Al Quran dan Hadis
- Selalu berusaha semaksima mungkin demi mencapai tujuan dan sentiasa Berorintasi jauh ke hadapan, bahkan hingga ‘Hari Akhir’
- Hati selalu ikhlas dalam setiap peranan dan hasil sebagai sebuah takdir terbaik dari Allah
LIMA LANGKAH
- Semangat dan pantang menyerah dijiwai oleh syahadah
- Terus berlatih meningkatkan karakter positif yang dibentuk oleh solat
- Terus berupaya membuang karakter negatif dengan dilatih melalui puasa
- Terus berlatih mengeluarkan potensi positif dan sentiasa bersedekah dengan dibentuk oleh zakat
- Mengeluarkan seluruh potensinya untuk kebaikan dan kemajuan ummah hasil dari bentukan prinsip rukun Haji
Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;
“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah : Ayat 177)
Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebaikan dan kesabaran ….. 💕😊💕