Solat Sunat Mutlak

Solat Sunat Mutlak mutlak adalah merupakan solat yang dilakukan tanpa terikat waktu tertentu atau sebab kejadian tertentu. Ini adalah solat yang boleh dikerjakan sebanyak manapun oleh kita.

Secara umum Solat Sunat terbahagi kepada dua;

  1. Muqayyad – Solat yang dianjurkan untuk dilakukan pada waktu tertentu atau sebab kejadian tertentu. Contoh, Solat Dhuha dilakukan pada waktu Dhuha atau Solat Khusuf oleh kerana terjadinya gerhana.
  2. Mutlak – Solat yang boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu waktu atau kejadian tertentu asalkan tidak dilakukan pada waktu terlarang bagi solat. Pada masa yang sama, tiada batasan jumlah rakaat bagi yang mengerjakannya.

Waktu di Larang Untuk Solat

  1. Sesudah Solat Subuh
  2. Ketika matahari terbit hingga naik sepenggalah
  3. Saat matahari tepat di puncaknya (zenith) hingga ia mulai condong
  4. Sesudah Solat Asar sehingga matahari terbenam
  5. Ketika matahari terbenam hingga sempurna terbenamnya

Sebahagian ulama berpendapat bahawa sebaiknya Solat Sunat Mutlak ini dilakukan dengan 2 rakaat berserta salam.

Jika ingin menambahkan rakaat, perlu mengangkat takbir sekali lagi di sambung sebanyak 2 rakaat beserta salam sekali lagi dan seterusnya tanpa batasan berdasarkan kepada keperluan anda.

Solat ni boleh menarik aura ‘ikhlas’ kerana niat solat ini adalah semata-mata kerana Allah taala.

Gandingkanlah solat ni dengan Solat Sunat Tahajjud dan sebaiknya membaca Surah Al-Ikhlas dalam bilangan yang ganjil pada setiap rakaat.

Niat Shalat Sunnah Mutlak

Niat menjadi kunci yang sangat penting kerana akan mempengaruhi kekusyukan dalam solat. Niat diucapkan di dalam hati dan dilakukan bersamaan dengan takbiratul ihram iaitu pada waktu mengangkat kedua tangan dengan telapak tangan menghadap ke kiblat dan sejajar dengan telinga.

Apabila tidak memiliki keuzuran, maka harus lah kita berdiri tegak dan lafaz niatnya;

Usholli sunnatan rok’ataini lillahi ta’ala

Ertinya; “Aku niat solat sunat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”


Saudaraku yang mulia, Solat sunat dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT serta meraih kasih sayangNya.

Orang yang mengerjakan solat sunat dengan ikhlas ini lebih dikasihi dan diberi lebih perhatian oleh Allah SWT berbanding orang yang hanya mengerjakan solat fardu semata-mata. Antara kelebihan Solat Sunat adalah;

  1. Menambah kesempurnaan Solat Fardhu
  2. Meningkatkan keimanan
  3. Mendekatkan dirinya dengan Allah

Betulkan kembali niat hati kita beribadah kepada Allah atas tujuan apa. Tiada gunanya setiap nawaitu menyebut “Lillahi Ta’ala” walhal hati kita mengharapkan balasan untuk setiap ibadah yang dilakukan. Bukan kerana memohon kesenangan dunia semata-mata, tetapi adalah mendapatkan kasih sayang, rahmat dan redha Allah buat kita bermulanya di dunia hingga kembali kepada-Nya.

‘Sesungguhnya ikhlas itu termasuk dalam rahsia-rahsia Allah dan hanya akan dikurniakan kepada insan yang dikehendakiNya.’

Advertisement

One thought on “Solat Sunat Mutlak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s