Tatkala menjelang matahari terbenam,
datanglah maghrib di awal malam,
badan segar habis berendam,
pergi ke masjid sudah diidam.
Solat maghrib rakaat nya tiga,
Imamnya nyaring sudah diduga,
Salam diucap terasa lega,
Bersimpuh hamba jiwa dan raga.
Qobliyah maghrib sunah ditunaikan,
Jika tidak penting jangan lalaikan,
Terasa hilang tiada kerjakan,
Apalah lagi sudah biasakan.
Menjelang Maghrib ada anjuran untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. Rasulullah SAW juga seperti diriwayatkan dalam beberapa hadits memberikan anjuran terkait amalan-amalan menjelang Maghrib.
Rasulullah menganjurkan menutup pintu-pintu rumah di saat Magrib tiba. Dalam hadits riwayat Bukhari dan Muslim Rasulullah SAW bersabda; “Jika masuk awal malam, beliau mengatakan; Jika kalian memasuki waktu petang, maka tahanlah anak-anak kalian kerana syaitan sedang berkeliaran pada saat itu. Jika sudah lewat sesaat dari awal malam, bolehlah kalian lepaskan anak-anak kalian. Tutuplah pintu-pintu dan sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak bisa membuka pintu yang tertutup.”
Rasulullah juga bersabda; “Jangan lepaskan haiwan-haiwan ternakan dan anak-anak kalian ketika matahari terbenam sampai berlalunya awal isya kerana para syaitan berkeliaran di antara waktu terbenamnya matahari sampai berlalunya awal Isya.”
Amalan-amalan lain yang boleh anda dilakukan sambil menunggu waktu Maghrib dan Isya ialah shalat sunat 2 rakaat.
Hal ini didasarkan pada hadist Abdullah bin Mughaffal al Muzani, Rasulullah bersabda; “Antara dua adzan dan shalat.” Beliau mengulangnya tiga kali dan pada kali yang ketiga beliau bersabda,”Bagi yang ingin.”
Setelah melakukan shalat Maghrib, rangkaian zikir dan wirid yang perlu dibaca adalah;
- Membaca Surah Al-Fatihah
- Membaca Surah Al-Ikhlas
- Membaca Surah Al-Falaq
- Membaca Surah An-Nas
- Membaca Ayat Kursi
- Membaca Istighfar 33 kali
- Membaca Tasbih sebanyak 33 kali
- Membaca Tahmid 33 kali
- Membaca Takbir sebanyak 33 kali
- Perbanyakkan membaca Selawat

Maha Benar Allah di atas firman-nya yang agung;
“(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” (QS. Ali ‘Imran 3: Ayat 8)
Semoga ianya menjadi amalan dalam membolehkan kita mendapat keampunan daripada Allah SW serta ditempatkan di Syurga-Nya tanpa hisab dan azab. Allahumma Ameen