Tatkala asyik selalu di tanya dari pagi samada operation RIH (Run in Hole) atau POOH (Pull Out of Hole), rasanya gambar cartoon ini sudah cukup untuk mengatakan operasi terkini di Wellsite … 🙂
Begitulah suasana kerja setiap hari di lokasi yang tidak pernah henti menguruskan segala hal yang berkaitan melibatkan pelbagai segment / department yang terlibat.
Uniknya di dalam bidang Oil and Gas ini, walau diri lelah mahupun stress yang melampau, hati kami tetap berbunga. Hanya dengan sedikit humor, seakan segalanya hilang sekelip mata.
Pasti, ‘Leadership‘ and strong ‘Team Work‘ adalah kekuatan kami dalam usaha melengkapkan misi yang bernilai jutaan Dolar ini saban hari.
Ada waktu, konflik kerja itu pasti akan hadir. Lumrah kehidupan di dunia Oil and Gas Field. Sebagai Leader, usahakan agar dapat mengawal diri sendiri juga buat mereka yang berada di bawahan. Bangkitkan ‘sinergy‘ di dalam team. In Shaa Allah perkara yang dianggap sukar pasti terasa mudah dengan izin Allah.
Alhamdulillah,
Jauh di lubuk hati, saya dapat merasai kebahagiaan di penghujung nya. Tiada sebarang tugasan yang tidak disertakan dengan pelbagai masalah. Pastinya mendidik diri untuk terus maju melangkah ke hadapan.
Abu Adam
Wellsite Leader