Sayyidina Ali bin Abi Talib berkata;
“Ketahuilah bahawa Khidir berada di antara Lautan “ALAM SEDAR” dan Lautan “BAWAH SEDAR”, iaitu suatu tempat di antara Bahr Al-Ajsam (Lautan zahir yang mata kasar) dan Bahr Al-Ma’na (Lautan Batin)”
Pernahkah suatu ketika kamu mengalami, takkala kamu duduk berzikir terus di antara sedar dan tidak, seperti mimpi kita melihat berbagai kejadian, kemudian esok lusanya ternyata semua kejadian itu benar-benar terjadi di dunia nyata? itulah sebahagian ke-Khidiran di dalam diri kita.
Maha benar Allah di atas firman yang agung;
“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun.” (QS. Al-Kahf 18: Ayat 60)
“Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah.” (QS. Al-Kahf 18: Ayat 61)
“Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini.” (QS. Al-Kahf 18: Ayat 62)
“Temannya berkata: Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan.” (QS. Al-Kahf 18: Ayat 63)
“Nabi Musa berkata: Itulah yang kita kehendaki ; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka.” (QS. Al-Kahf 18: Ayat 64)
“Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.” (QS. Al-Kahf 18: Ayat 65)
Siapakah PEMUDA yang mengawal Nabi Musa as?
Itulah simbol dari “ZIKIR” yang tembus ke alam batin. Cuba perhatikan, ketika Musa bertemu dengan Khidir maka si pemuda itu tidak pernah dibahas lagi oleh Allah SWT di dalam ayat Al-qur’an manapun. Kerana PEMUDA itu ibarat kenderaan zikir yang menghantarkan sampai pada batas pertemuan dua lautan zahir dan batin.
Zikir itu ibarat PINTU atau kenderaan, jika sudah sampai ke rumah yang dituju, tentulah pintu atau kenderaan itu tidak akan dibawa ke dalam rumah.
Apakah IKAN yang dibawa dalam bakul?
Ikan itu simbol kesedaran, maka ketika ikan itu jatuh dari bakul dan masuk kelautan. Ertinya kita sudah masuk ke dalam lautan bawah sedar.
Apakah BATU yang menjadi tanda pertemuan dua lautan itu?
Itulah “QALBU”, yang di ibaratkan BATU, bahkan lebih keras lagi yang harus dihancurkan dengan kekuatan zikir sehingga tembus ke dimensi alam lain.
Inilah wilayah “ILMU LADUNI”
Sebenarnya Ilmu Laduni ini menggunakan bahasa cahaya; Iaitu “Cahaya Ilahi” yang “TERBIT” di antara batas lorong lautan kesedaran dan lautan bawah sedar.
Bahasa cahaya inilah yang menimbulkan firasat yang kuat dan penyaksian “MUKASYAFAH”
Siapakah Khidir?
Dialah Sang Mursyid sejati didalam diri. Musa itulah simbol dari diri kita yang selalu bersandar kepada kebijaksanaan akal.
Maka berjalanlah dengan “ZIKRULLAH” yang zikirnya tersambung sampai kepada Rasulullah SAW.
Zikir itulah simbol PEMUDA yang menghantarkan Musa iaitu seorang “MURSYID YANG ZAHIR”.
Yang akan menghantarkan kita ke batas pertemuan dua lautan. Selami lautan diri, tanggalkan keangkuhan yang “MERASA BIJAK”, mari kita belajar “BIJAK MERASA”.
Sehingga kita bertemu dengan “MURSYID YANG BATIN”, iaitu simbol dari KHIDIR di dalam diri kita sendiri yang akan mempertontonkan segala Hakikat Rahasia yang akan terjadi, sejak awal sampai akhir, dari yang zahir mahupun yang batin, dipertontokan di alam Mukasyafah diri. Antara sedar dan tidak sedar.
Nabi Musa mengaku dirinya mendapat kemulian tanpa guru, hanya bersandarkan kepada tulisan dan kebijaksanaan akalnya, hanya berguru pada kitab bersandarkan kepada Taurat-nya, dikiranya sudah sampai ke puncak, tidak tahu bahawa itu masih jauh dari tujuan (Ilmu Ma’kifat Kesejatian). Kerana untuk masuk kepada keMa’krifatan hidup harus ditempuh melalui pintu “ZIKIRULLAH”.
Hampir saja keangkuhannya mewarnai tingkah lakunya, segera mendapat murka Allah SWT, lalu Allah SWT menyuruhnya berguru dan Talkin zikir pada seorang Guru Mursyid iaitu berguru kepada Nabi Khidir, dan (Nabi Musa) pun menjalani kebatinan dan latihan zikir keMa’krifatan.
Wallahu a’lam