Menguji Ketulenan Emas Melalui Logik Akal

Persoalan yang menarik. Bagaimana ingin kita ketahui emas di genggaman itu tulen atau sebaliknya?

Benar, setiap pembelian emas pasti ianya akan disertakan sekali dengan Sijil Ketulenan tetapi, tidak mustahil sijilnya palsu bukan ?

Di dunia serba ‘Canggih’ ini tidak terlepas dari pelbagai muslihat demi mengaut keuntungan dari kesengsaraan pihak lain. Terdapat pelbagai Kaedah Pengujian Emas yang pernah saya post sebelum ini sebagai panduan yang mana antaranya menggunakan pengujian melalui Asid dan Densimeter.

Namun, tidak semua penyimpan emas mampu memiliki alat tersebut atas sebab kekangan harga yang tinggi juga adakah keperluan memiliki ini sesuatu tindakan yang harus dilaksanakan? Maka dengan itu alatan / pengujian ini hanya dimiliki oleh peniaga Emas sahaja.

WhatsApp Image 2017-09-19 at 11.19.25 AM

Jadi apakah cara terbaik untuk menguji ketulenan emas yang dibeli ?

Sahabatku yang mulia. Bersyukur lah atas ‘Anugerah’ pemberian Yang Maha Esa iaitu Logik Akal yang boleh anda gunakan untuk mengenalpasti sesuatu produk itu benar-benar tulen dan terbaik dengan cara;

(1) Pembelian emas hanya dari syarikat yang mempunyai kredibiliti dan rekod yang baik

(2) Emas fizikal yang dibeli dapat diambil secara terus dan bukannya melalui individu tertentu demi menjamin aset yang selamat atas apa yang kalian laburkan. Melalui orang tengah berkemungkinan besar mengundang risiko penipuan atau kehilangan manakala melalui sesebuah syarikat yang beroperasi terutamanya yang mempunyai cawangan / branch yang banyak dapat mengurangkan risiko secara total

(3) Bagi syarikat yang mempunyai reputasi yang sangat tinggi seperti Public Gold International Bhd, sekiranya didapati bersalah melakukan sebarang penipuan dari segi ketulenan dan berat walaupun produk serendah 0.5g Gold Bar pastinya sudah cukup melingkupkan seluruh operasi mereka. Maka dengan itu, setiap produknya pasti melepasi piawaian yang ketat demi memastikan pembeli mendapat hak mereka atas apa yang dilaburkan

(4) Sejak 2008, Public Gold telahpun menjual lebih dari 4 tan Emas. Ianya telah terbukti menjadi pilihan majoriti penyimpan Emas demi memaksimumkan kekayaan mereka

(5) Masa depan Public Gold International Bhd lebih penting dan bermakna demi menjayakan misi syarikat dari melakukan jenayah penipuan produk ke atas sebarang pembelian. Justeru itu pelanggan adalah aset terpenting bagi kami demi merealisasikan impian mereka melalui kaedah yang tepat juga telus

(6) Atas reputasi yang baik ini, Ar-Rahnu Pos Malaysia (antara Ar-Rahnu terbesar di Malaysia) sendiri menerima pajakan Emas Public Gold tanpa melalui prosedur pengujian ketulenan serta dibuka packaging seal nya

Hanya dengan menggunakan Logik Akal, saya yakin dan pasti bahawa saya dan anda semua berada di dalam platform yang tepat tanpa adanya keraguan yang mendesak !

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s