Di dalam keghairahan penyimpan Emas menambahkan asetnya terutamanya ‘Pelabur Baru’ sementara mengambil berkat kejatuhan harga Emas dunia ketika ini, jangan sesekali kita terlepas pandang kepada yang sedang mengintai ruangan kosong bagi tujuan penipuan. Hati2 lah disetiap urusan jual/beli Emas especially kepada penjual yang tidak dikenali.
Hasil dari pelbagai sumber ilmu yang didapati saya SHARE kan sedikit tips/kaedah pengujian Emas yang antaranya:
✔ Lihat Ciri2 Emas Secara Fizikal (Amati tanda2 tertentu yang merupakan ciri Emas tulen)
Biasanya setiap Emas yang berada di pasaran mempunyai tanda kadar Emas yang dinyatakan samada dalam ‘Fineness” ( 1 ~ 999 atau 0.1 ~ 0.999) atau dalam ‘Karat’ ( 10K , 14K , 18K , 22K atau 24K ) . Sekiranya tulisan terlalu kecil gunakan kaca pembesar untuk mempermudahkanpengamatan. Harus diingat, tidak semuanya memiliki penanda kadar terutamanya model2 lama. Pada masa yang sama, Anda jangat terkejut bahawa Emas Palsu turut mempunyai penanda kadar agar terlihat asli.
Lihat perubahan warna. Gosok dengan jari pada bahagian2 tertentu terutamanya kepada kawasan yang sering mendapat gesekan. Emas palsu akan menampakkan warna logam lain yang berbeda di bawahnya sehingga terlihat ketidakseragaman warna Emas.
✔ MengGIGIT Emas
Gigit emas Anda dengan tekanan yang tidak keterlaluan dan lihat apakah Emas tersebut terdapatnya bekas gigitan. Secara teori, jika Emas Tulen ianya akan menunjukkan bekas goresan gigi. Bekas gigitan tersebut akan semakin dalam jika Emas itu adalah 24 Karat
Cara ini TIDAK digalakkan kerana boleh merosakkan gigi juga fizikal Emas itu sendiri. Pemalsu masih boleh mengaburi mata pelanggannya dengan menggunakan TIMAH berlapis Emas yang juga cukup ‘Empuk’ sebagai persediaan sekiranya digigit.
✔ Pengujian Menggunakan Magnet
Merupakan pengujian yang mudah tetapi tidak dapat menentukan Emas itu benar2 asli. Harus diingat bahawa Emas itu bukanlah logam besi yang dilapisi Emas dan bukannya logam magnetik. Oleh itu, sekiranya magnet yang dihalakan ke arahnya melekat, peratusan Emas itu ‘Palsu’ adalah besar. Bagi tujuan ini,anda harus menggunakan jenis Magnet yang kuat. Buat sekian kalinya, Pemalsu masih boleh menggunakan logam ‘Non – Magnetic’ untuk mengaburi pelanggannya.
Penggunaan Magnet jenis ‘Neodymium’ yang sangat kuat amat sesuai bagi tujuan ini
✔ Mengukur Ketumpatan Emas
Sangat jarang diketemui logam dengan kepadatan melebihi kepadatan Emas
Kepadatan Emas Tulen 24K adalah sekitar 19,3 g/ml , jauh melebihi kebanyakan logam lainnya
Mengukur kepadatan Emas merupakan cara paling rumit tetapi paling tepat dalam menentukan samada ianya palsu atau tulen
Dari hasil pengujian, semakin tinggi kepadatannya maka semakin tulen/murni Emas tersebut
✔ MengGORES Emas pada Ceramic atau Kertas
Juga antara cara termudah untuk mengetahui apakah Emas tersebut asli atau palsu. Tetapi perlu diingat bahawa bagi pengujian ini anda mempunyai risiko besar kerosakan fizikal Emas
Bagaimana untuk melaksanakannya?? Cuba anda ambil sebarang piring / kepingan Ceramic dengan menggoreskan Emas ke permukaan Ceramic tersebut. Sekiranya ada goresan hitam pada Ceramic tersebut beerti Emas tersebut palsu.
Anda juga boleh menggunakan kertas putih. Emas yang asli tidak mempunyai goresan sama sekali.
✔ Menggunakan Acid Nitric
Pengujian ini memiliki risiko bahaya keselamatan ke atas diri penguji. Saya sangat2 menggalakkan anda menyerahkan tugasan ini kepada yang pakar atau paling tidak ke Kedai Emas
✔ Melalui Logik Akal
Membeli emas dari syarikat yang mempunyai kredibiliti dan rekod yang baik
Selepas pembelian dibuat, ambil emas terus dari pejabat syarikat tersebut, bukan dari tangan individu supaya ianya lebih terjamin. Individu mungkin menipu, tapi bagi syarikat yang bereputasi (terutamanya mempunyai cawangan seluruh Malaysia), ia bukan mudah
Bagi syarikat bereputasi seperti Public Gold International Bhd., jika ada penipuan ketulenan (walaupun hanya gold bar 0.5 gram) sudah cukup untuk melingkupkan seluruh operasi mereka. Jadi hal ketulenan bukan sesuatu yang boleh diambil mudah oleh syarikat itu
Sejak tahun 2008, Public Gold telahpun menjual lebih dari 4 tan emas. Secara jujurnya, walau pembelian kita sebanyak RM100k (hatta RM1 juta sekalipun), ia sangat kecil bagi Public Gold
Sangat TIDAK LOGIK bagi syarikat besar dan bereputasi seperti Public Gold ingin menipu hal berkenaan ketulenan. Bisnes dan masa depan Public Gold LEBIH MAHAL dari itu
Atas reputasi yang baik ini, Ar-Rahnu Pos Malaysia (antara ar-rahnu terbesar di Malaysia) sendiri menerima pajakan emas Public Gold TANPA PERLU TEST KETULENAN. Sekiranya institusi besar menyakini akan ketulenan emas Public Gold, bagi saya, pembeli biasa seperti kita sudah cukup LOGIK untuk bergantung kepada kepercayaan Ar-Rahnu Pos kepada Public Gold
Tidak salah jika mengambil waktu sedikit lewat sebelum memulakakan langkah menyimpan Emas asalkan anda membuat sedikit ‘Research’ bagi mendapatkan kualiti dan kuantiti yang diingini supaya pulangan di masa hadapan berbaloi dengan apa yang dilaburkan.
Semoga info2 di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda.
salam 1malaysia.
saya nk tanya sikit berkenaan emas lama yang tak ada cop mcm mana nak tahu emas atau tembaga yach?
saya ada baranggan dari turun temurun ingin megetahui sama ada emas atau tembaga…
bentuk gelang.. whassap saya 0175806015
LikeLike
Salam dan terima kasih atas pertanyaan. Ketika ini pengujian emas amat mudah di laksanakan. Kita boleh membawa emas berkaitan ke ArRahnu (sebagai contoh POS ArRahnu) untuk pengujian emas tersebut, Barangkali ada sedikit charge yang dikenakan dan pada yang sama, boleh ambil peluang untuk service cucian emas sekali.
LikeLike