Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
“Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka: ‘Sudah berapa lamakah kamu berada [di sini]?’ Mereka menjawab: ‘Kita berada [di sini] sehari atau setengah hari.’ Berkata [yang lain lagi]: “Rabbmu lebih mengetahui berapa lama kamu berada [di sini]. Maka suruhlah salah seorang di antaramu pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih suci, maka hendaklah dia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorang pun. (Surah Al Kahfi : Ayat 19)
Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melemparmu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian, niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya.” (Surah Al Kahfi : Ayat 20)
Maha Suci Allah, jika kalian mengerti maksudnya, pasti emas dan perak menjadi pilihan utama menyelamatkan kekayaan kerana logam terpilih ini sangat bernilai sepanjang zaman, bertindak sebagai insuran kekayaan juga penyimpan nilai yang terbaik.
Ayuh bangkit dari tidur mu yang lena !