Dirham – Matawang Perak

whatsapp-image-2017-09-15-at-11-50-03-am.jpeg

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

“Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka: ‘Sudah berapa lamakah kamu berada [di sini]?’ Mereka menjawab: ‘Kita berada [di sini] sehari atau setengah hari.’ Berkata [yang lain lagi]: “Rabbmu lebih mengetahui berapa lama kamu berada [di sini]. Maka suruhlah salah seorang di antaramu pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih suci, maka hendaklah dia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorang pun. (Surah Al Kahfi : Ayat 19)

Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melemparmu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian, niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya.” (Surah Al Kahfi : Ayat 20)

Peranan paling penting memiliki Dirham adalah sebagai alat jual-beli bernilai kekal dan utuh, di samping menjadi alat pelaburan yang sangat lumayan di masa hadapan.

Alangkah ruginya jika anda masih berlengah dan enggan menukarkan wang kertas kepada wang Dirham sekarang, kerana kunci kejayaan untung besar dalam pelaburan perak ialah kita wajib memiliki daya ketahanan menyimpan Dirham dalam jangka masa panjang.

Kisah Ashabul Kahfi yang bangun dari tidur selama 309 tahun lalu menggunakan Wang Perak untuk membeli makanan adalah bukti jelas bahawa Dirham tetap laku untuk berjual beli selepas melebihi tiga abad lamanya.

Mengapa kita perlu memiliki Dirham ?

Dirham adalah matawang yang diiktiraf oleh Allah SWT seperti yang tercatat dalam Surah Yusuf ayat 20 yang bermaksud:

“Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya; dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya”.

Nah, bolehkah wang kertas yang kita pegang sekarang mengekalkan nilainya dalam hal urusniaga jual beli 300 tahun akan datang?

Bagaimana dengan RM50, adakah sama kuantiti dan kualiti barang yang kita boleh beli pada hari ini berbanding 10 tahun yang lalu ?

whatsapp-image-2017-09-15-at-11-50-55-am.jpeg

Oleh itu, kita mesti menyokong sepenuhnya usaha mengembalikan penggunaan mata wang sunnah ini dan menempa semula wang Dirham dengan logam Perak tulen Ag 999 selepas matawang Dinar dan Dirham pupus pada tahun 1924 dengan berakhirnya Khalifah Bani Uthmaniyyah, Turki.

Memanfaatkan sumber alam ciptaan Allah SWT ini sepenuhnya kerana setiap kejadian pasti mempunyai manfaat kepada hambaNya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s