Mangsa Pelaburan Geneva

Sewaktu saya bersama Team Public Gold dalam sessi bertemu pelanggan juga memperkenalkan produk dan promosi terkini di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dahulu, booth kami didatangi oleh seorang wanita yang meluahkan perasaannya bahawa beliau pernah tertipu oleh Sindiket Pelaburan Emas Geneva.

Sebelum itu, beliau merupakan antara Usahawan Wanita yang berjaya di dalam Travel Agency. Untuk pengetahuan anda, 3 kali kali pelaburan telah dilaksanakan bermula dari RM40K, RM80K dan akhirnya RM205K sebelum lesap segala-galanya.

Apa yang dapat saya simpulkan, kebanyakkan mangsa terjerat akibat dari sifat keterujaan dan keyakinan tatkala mendengar sesuatu yang indah dari si dia yang menanam tebu di bibir.

Hasilnya?

Beliau jatuh tersungkur juga kehilangan syarikat yang dibinanya selama ini. Alhamdulillah beliau masih diberikan kudrat untuk terus berusaha dan bersifat positive namun, kepercayaan terhadap Logam Mulia telah hilang sepenuhnya kerana perasaan takut masih menebal dalam diri.

Sahabatku yang mulia, dalam keghairahan ingin mengejar keuntungan sekelip mata, pasti akan adanya mereka yang kecundang dan berputih mata.

Gunakan logik akal anugerah yang Maha Esa sebelum wang bertukar tangan agar wang yang dilaburkan mendapat pulangan yang terbaik.

Research itu sangat perlu dan berusahalah melabur dengan urusniaga yang melibatkan logam mulia berbentuk fizikal sebaik mungkin.

image

Ingin sekali saya kongsikan 2 sebab utama kenapa ramai Insan yang menghadapi masalah kewangan sewaktu membuat pelaburan iaitu;

  1. Sifat TAMAK yang inginkan keuntungan 100% atau lebih daripada apa yang ingin dilaburkan
  2. KEJAHILAN diri sendiri yang mempercayai sepenuhnya kata-kata orang yang menjanjikan keuntungan 100% atau lebih di atas apa yang dilaburkan oleh bakal pelabur tersebut

Jauhi sekiranya ada yang menawarkan untuk menggandakan wang pelaburan kita. Jika benar dia mampu sekalipun, secara logiknya, lebih baik dia gandakan wang nya sendiri dari membuang masa menguruskan hal orang

Ingat, mencari wang pendapatan dengan berjujurai keringat bukannya mudah di dunia penuh cabaran kini !

whatsapp-image-2017-09-15-at-4-47-48-pm.jpeg
Antara kenangan terindah saya bersama Public Gold International dalam misi bertemu pelanggan

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s