Duit Berbisik Kepadaku

Salam Perkenalan !

Nama Aku — Duit
Nama Lain — Wang
Nama Samaran — Pitis
Nama English — Money
Nama Arab — Fulus

Wajahku biasa sahaja, fizikal ku pula sangat lemah, namun tahukah kamu bahawa aku mampu memporak perandakan penghuni dunia ni dengan sekelip mata !

Aku juga boleh mengubah perilakumu dari baik menjadi jahat, bahkan sifat manusia itu sendiri, kerana manusia sentiasa mengejar dan mengidolakan aku.

Banyak orang berubah keperibadiannya kerana aku. Ada yang mengkhianati temannya, ada yang sanggup menjual tubuh badannya, bahkan ada yang sanggup meninggalkan keyakinan imannya, demi mengejar aku.

Hebatkan aku ?

Aku tidak memahami perbezaan antara orang yang soleh dan jahat. Tetapi manusia menggunakan aku untuk mendapatkan darjat, menentukan kaya atau miskin dan rasa dihormati atau terhina

Aku bukan Iblis (Laknatullah), tetapi orang selalu melakukan perkara yg keji demi mengejar aku.

Aku juga bukan orang ketiga, tetapi banyak suami isteri bercerai gara-gara mengejar aku, adik beradik bergaduh dan saling membenci kerana aku. Anak dan orang tuanya berselisih faham gara-gara aku.

whatsapp-image-2017-09-14-at-8-05-20-pm.jpeg

Sangat jelas aku juga bukan tuhan. Tetapi manusia sanggup menyembah aku seperti tuhan, bahkan kerap kali hamba-hamba tuhan lebih menghormati aku walhal banyak ulama sudah memberi pesan agar jangan sesekali menjadi hamba duit !

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapa pun, tetapi ramai orang sanggup mati demi aku.

Suka aku ingatkan, Aku boleh ditukar untuk menjadi resit ubat buat kamu, namun aku tidak mampu untuk memanjangkan umur kamu.

Jika suatu hari nanti kamu dijemput oleh Allah SWT, aku tak boleh menemani kamu. Apalagi untuk menjadi penebus dosa-dosa kamu. Kamu mesti berdepan dengan Allah SWT sendirian tanpa aku.

Saat itu, Allah pasti akan memulakan penghitungan dengan kamu. Adakah selama hidupmu menggunakan aku ke jalan yang mulia atau menjadikan aku sebagai sembahanmu ?

Ingatlah amanat terakhirku. Aku tidak akan ada di syurga dan jangan sesekali kau mencari aku di sana !

Harapanku untukmu;

  • Jangan terlalu menyayangiku
  • Jangan lupa menggunakan aku demi membayar Zakat mu
  • Infak kan aku selalu. Gunakan aku untuk sedekah arau wakaf agar hidupmu sentiasa barokah
  • Imbangilah antara pemburuan dunia dan akhirat dengan menggunakan aku

Ingatlah, kamu hanyalah hamba kepada Sang Maha Pencipta. Hidupmu hanyalah untuk pengabdian kepada Yang Maha Esa. Agar matlamat hidup sebenar mu bertemu dengan Yang Maha Pengasih di halaman asalmu di Syurga yang indah.

Semoga damai dirimu di sana. Allahumma Ameen

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s