Kaya Itu Mulia

Saidina Abu Bakar R.A. pernah berdoa iaitu, “Ya Allah, jadikan dunia di tangan kami dan bukannya di hati kami.”

Maha Suci Allah, mereka memiliki kekayaan dunia tetapi di hati mereka dipenuhi dengan kecintaan kepada Akhirat.

Alangkah beruntungnya jika kita kaya harta, dan dalam masa yang sama hati kita kaya dengan cita-cita menuju ke dunia Akhirat. Usah malu memasang impian untuk menjadi seorang Hartawan.

whatsapp-image-2017-09-14-at-12-21-29-pm.jpeg

Dalam konteks membina kekayaan, pertama sekali kita mesti set dalam kepala bahawa “Kaya Itu Mulia”. Kita juga perlu tahu ke mana arah tuju ingin dibawa kekayaan tersebut. Jadikan Rasulullah SAW dan para Sahabat sebagai idola dan motivasi untuk kita menjadi kaya. Kaji dan selidiki Catatan Kekayaan Baginda Rasulullah dan Para Sahabat . Pasti kita akan kagum serta terharu atas usaha mereka dalam misi pembangunan ummah.

Buat sesiapa yang berniaga, carilah rahsia usahawan Muslim tersohor di zaman Baginda Muhammad SAW iaitu Abdul Rahman Bin Auf yang mana beliau bukan hanya seorang multi- millionaire malah beliau juga adalah salah seorang dari Ahli Syurga !

Jadilah seorang kaya dari apa yang kamu rasai dan bukannya dari apa yang orang kata.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s