Catatan Kekayaan Rasullullah dan Para Sahabat

timthumb

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Nukilan ini aku khususkan buat diri dan keluargaku sendiri serta sekalian teman-teman disekelilingku agar bersama mendekatkan diri kepada PenciptaNya. Sesungguhnya harta benda itu hanyalah perhiasan dunia dan “Sesungguhnya di sisi Allah itu tempat kembali yang lebih baik”

Ketahuilah bahawa setiap insan tiada alasan untuk tidak menjadi seorang Hartawan !

Dan sekaya-kaya muslim itu tidak terlena akan harta (Zuhud) dan menggunakannya untuk kebaikan Ummah dan perjuangan membela agama Allah. Maha Suci Allah, walaupun Baginda Rasullullah ﷺ  dan para Sahabatnya terdiri dari golongan yang sangat berada, mereka ini hanyalah menampilkan kesederhanaan. Itulah hakikat kesyukuran, saat harta dan tahta tidak membutakan mata hatinya.

Rasullulah ﷺ  – Selawat dan Salam Ke atas Baginda

Tidak ada catatan yang secara lengkap menggambarkan jumlah kekayaan yang dimiliki Baginda Muhammad ﷺ , baik pada masa sebelum menjadi Rasul mahupun pada masa kenabian. Meskipun begitu, dari sumber yang diketahui, beliau memberikan Mas Kahwin (mahar) kepada Siti Khadijah sebanyak 20 ekor unta dan 12 Uqiyah Emas. Jumlah itu dianggap sangat banyak pada ketika itu mahupun sekarang apabila di ‘Convert’. Setelah menikah kekayaan Rasullullah ﷺ  bertambah karena kekayaan yang dimilikinya dikembangkan melalui perdagangan bersama dengan (harta) Siti Khadijah. Akan tetapi, tidak banyak diketahui apa yang terjadi pada harta kekayaan Muhammad ﷺ  selanjutnya.

20130104-110915

Meskipun tidak catatan yang tepat mengenai jumlah keseluruhan kekayaan Rasulullah ﷺ  sepanjang hayatnya, ada beberapa catatan yang menunjukkan Rasulullah ﷺ  adalah seorang yang memiliki harta yang banyak namun, beliau selalu mendahulukan kepentingan Ummah melebihi kepentingan dirinya sendiri dalam bentuk infak, sedekah dan membantu setiap fakir miskin.

Diceritakan bahwa:

  1. Nabi Muhammad ﷺ pernah membahagikan lebih dari 1,500 ekor unta kepada beberapa orang Quraisy sesudah Perang Hunain
  2. Beliau pernah memiliki Tanah Fadak yang merupakan sebuah daerah pemerintahan Yahudi di Hijaz yang mana diserahkan oleh kaum Yahudi kepada Rasullullah ﷺ tanpa melalui pertempuran (Ibnu Hisyam)
  3. Syu’aibi mencatatkan, Baginda membahagikan Al-Kutaibah (pemberian rutin) kepada kerabat dan isteri-isteri beliau. Kepada Fatimah 200 wasaq, Ali bin Abi Thalib 100 wasaq, Usamah bin Zaid 250 wasaq, Aisyah 200 wasaq, Ja’far bin Abi Thalib 50 wasaq, Rabiah bin Harits bin Abdil Mutthalib 100 wasaq, Abu Bakar 100 wasaq, Aqil bin Abi Thalib 140 wasaq, Bani Ja’far 140 wasaq, untuk sekelompok orang dan isteri-isterinya 700 wasaq. Dan selebihnya untuk Bani Mutthalib yang sebagiannya masih di Mekkah (Syu’aibi)

Apakah Wasaq itu?
Wasaq merupakan salah satu ukuran. Satu wasaq sama dengan 60 sha’ pada masa Rasulullah ﷺ . Satu sha’ sama dengan 4 mud, yakni 4 takaran dua telapak tangan orang dewasa. Satu sha’ oleh Dairatul Maarif Islamiyah bersamaan dengan 3 liter, maka satu wasaq 180 liter, sedangkan nisab pertanian 5 wasaq sama dengan 900 liter, atau dengan ukuran kg iaitu sekitar 653 kg.

  1. Seusai Perang Khaibar, Baginda memperolehi sekitar 100 perisai, 400 pedang, 1000 busur dan 500 tombak
  2. Dikabarkan bahawa Baginda menerima 90,000 Dirham tetapi wang itu telah dibahagikan kepada orang ramai sehingga habis
  3. Ketika kembali dari Perang Hunain, Baginda memperolehi wang hasil rampasan perang dan Beliau berkata: “Letakkanlah wang itu di masjid.” Kemudian, Baginda solat di masjid itu tanpa menolah kepada wang tadi. Seusai solat, beliau duduk berdekatan wang tersebut dan memberikannya kepada setiap orang yang meminta. Beliau berdiri setelah wang tersebut habis diagihkan

13428610_447601312031049_1717507129200191891_n

*** Dirham merujuk kepada logam mulia perak yang mana harga jualannya di Public Gold pada hari ini (17th June 2016) ialah RM2.80 per gram

Sungguh kita sebagai umat nya pun seharusnya mengikuti keupayaan beliau untuk berusaha menjadi hartawan agar kekayaan tersebut dapat dimanfaatkan sebanyak-banyaknya bagi kebaikan Ummah. Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ  serta ahli dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah Ya Rabbal Alaamiin.

islamic

Sumber penulisan di bawah ini terinspirasi hasil dari penulisan Dr. Yusuf Ibn Ahmad Al-Qasim di dalam artikelnya yang mana, Beliau mengambil datanya dari beberapa buah buku di antaranya Tarikh Al-Islam dan Sayr A’lam Al-Nubala`. Dalam buku Fikih Ekonomi Umar karya Dr. Jaribah dan dalam At Tanwir fi Isqath at Tadbirin karya Imam Atho’illah, juga dipaparkan tentang kekayaan dan kehidupan ekonomi para sahabat Rasullullah ﷺ , yang beberapa dari mereka bahkan DIJAMIN masuk Syurga (Alhamdulillah).

Kekayaan Abu Bakar As-Shidq r.a.

Apabila kita membaca Sejarah Islam, disebutkan Abu Bakar pernah membebaskan seorang budak yang merupakan sahabat Nabi iaitu Bilal Bin Rabbah, yang dijamin akan masuk ke syurga.

Disaat menawarkan untuk penebusannya, majikan Bilal iaitu Umaiyah Bin Khalaf memberikan penawaran yang tinggi yaitu 9 uqiah emas ( 1 uqiyah Emas = 31.7475 gram Emas)  dan Abu Bakar menyanggupinya tanpa tawar menawar. Semestinya bayaran yang dikenakan merupakan yang teramat mahal bagi seorang budak yang berstatus hamba pada ketika itu.

1 Uqiyah Emas = 31.7475 gram Emas

1 Uqiyah Perak = 40 Dirham

Ini menunjukkan bahwa kekuatan ekonomi membuat seseorang dapat berbuat lebih untuk membela agama Allah SWT.

Kekayaan Umar Bin Khattab r.a.

Beliau merupakan salah satu Sahabat terdekat Rasulullah ﷺ dan Khalifah Islam kedua setelah Abu Bakar Ash Shiddiq r.a. dan juga termasuk dalam 10 orang yang dijamin masuk Syurga oleh Rasulullah ﷺ.

Dijuluki sebagai Umar Al Faruq (Sang Pembeda) karena ketegasannya dalam menegakkan kebenaran. Seorang yang keras namun berhati selembut salju, perancang utama dalam segala hal juga sebagai pemangkin ekonomi negara yang sangat cemerlang.

Semenjak menjadi Khalifah, beliau hidup dengan sangat sederhana meskipun kaya raya. Beliau memberikan teladan yang sangat baik bagi kaum muslimin mengenai konsep harta dan zuhud agar mencontohi Baginda Rasullullah ﷺ.

Antara data kekayaan Umar yang sebahagian besarnya digunakan bagi tujuan pembangunan ummah ketika itu ialah:

Meninggalkan harta melebihi 70 ribu ladang pertanian dan asset selainnya yang mana keuntungannya masih di jana sepenuhnya

Ia tetap sahaja sangat berhati-hati agar harta kekayaannya itu dipergunakan untuk kepentingan dakwah dan ummah. Tidak sedikit pun Umar menyombongkan diri dan mempergunakannya untuk sesuatu yang mewah dan berlebihan.

Menjelang akhir kepemimpinan Umar, Uthman Bin Affan pernah mengatakan, “Sesungguhnya, sikapmu telah sangat memberatkan siapapun Khalifah penggantimu kelak.”

Subhanallah ….. semoga kita bisa meneladani Umar Bin Khattab r.a.

Kekayaan Uthman Bin `Affan r.a.

Merupakan Khalifah ketiga setelah wafatnya Ummar Al Faruq. Merupakan Bangsawan dan konglomerat Makkah yang juga dijamin masuk Surga oleh Rasulullah ﷺ karena perjuangan dan ketaqwaannya.

Beliau seorang yang mempunyai peribadi yang sangat soleh, jujur, lembut dan pemalu. Jasa beliau untuk menyelaraskan teks Al Quran memberi sumbangan yang teramat besar dalam penyebaran Islam ke seluruh penjuru dunia.

Antara data kekayaan Uthman yang sebahagian besarnya digunakan bagi tujuan pembangunan ummah ketika itu ialah:

  1. Wang Simpanan = 151,000 Dinar beserta 1,000 Dirham
  2. Mewariskan aset sepanjang Wilayah Aris dan Khaibar
  3. Memiliki beberapa telaga senilai 200,000 Dinar

Dalam Keterangan lain:

  1. Tarikah 1 (tunai) = 30 Juta Dirham
  2. Tarikah 2 (tunai) = 150,000 Dinar
  3. Sedekah = 200,000 Dinar
  4. Unta = 1,000 ekor

(Sumber :  Al-Bidayah wa an-Nihayah, Juz 7, hal. 214, Ibn Katsir)

*** Menurut istilah Ilmu Faraid, harta pusaka juga dikenali sebagai Al-Tarikah. Dari segi bahasa, Al-Tarikah bermaksud segala apa yang ditinggalkan atau dibiarkan oleh si mati . Manakala definisi Al-Tarikah dari segi istilah syarak pula berlaku perselisihan dalam menentukan maknanya. Perselisihan tersebut dapat dilihat seperti berikut iaitu menurut jumhur fuqaha’ mendefinisikan Al-Tarikah ialah segala sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati termasuklah harta benda, hak-hak kebendaan dan hak-hak yang mempunyai unsur kebendaan ke atas hak-hak persendirian. Kesemuanya ini akan diwarisi sama ada oleh waris atau bukan waris.

*** Manakala mengikut Mazhab Hanafi pula telah mendefinisikan Al-Tarikah sebagai segala harta dan hak-hak kebendaan yang menjadi milik si mati. Harta termasuklah harta alih dan harta tak alih serta hutang-hutang yang belum dijelaskan oleh orang lain kepadanya. Namun terdapat sesetengah pendapat mengatakan bahawa Al-Tarikah ialah segala harta yang ditinggalkan oleh si mati setelah diselesaikan hutang dan wasiatnya. Oleh itu, Al-Tarikah menurut pendapat jumhur ulama ialah harta peninggalan si mati yang telah bersih dari hutang dan wasiat serta ia akan diwarisi oleh waris-warisnya yang masih hidup.

Segala jumlah yang telah dinyatakan seperti di atas barangkali lebih kecil berbanding realitinya kerana terdapat beberapa aset dan sedekah beliau yang tidak dimasukkan antaranya:

  1. Pembelian lahan / tanah bernilai 20,000 Dirham
  2. Hibah sebanyak 950 unta untuk perlengkapan Perang Tabuk / ’Usrah (wikipedia.org/wiki/عثمان_بن_عفان)
  3. Aset tanah (dhiya’) dan kuda yang mana jumlahnya teramat banyak (Tarikh Ibn Khaldun, Jil 1)

Kekayaan lain, iaitu menikahi dua Puteri Rasulullah  (Ruqayyah dan Ummu Kalsum) juga sesuatu yang tidak terkira.

Diriwayatkan juga setelah wafat, beliau juga meninggalkan 150,000 Dinar dan 1,000,000 Dirham di rumahnya juga tanah-tanah yang tiada batasnya. Nilai total aset yang dimiliki Usman di Wadi al Qura dan Hunain adalah sekitar 100,000 Dinar. Termasuk unta dan kuda yang tidak terhitung banyaknya. [Muruj adz Dzahabi, Jilid 1, Hlm 435]

13418853_447601012031079_8411219536172508959_n

*** Dinar merujuk kepada logam mulia Emas yang mempunyai nilai tukaran iaitu 1 Dinar = 4.25 gram yang mana harga jualannya di Public Gold pada hari ini (17th June 2016) ialah RM186 per gram

Namun di akhir masa kekhalifahan dan hidupnya, harta yang dimiliki Uthman r.a. hanya tersisa dua ekor unta saja. Semuanya dinafkahkan untuk kesejahteraan ummah. Bahkan beliau tidak sesekali menerima wang gajian dari Baitulmaal. Subhanallah, inilah karakter khas generasi didikan langsung Rasulullah ﷺ.

Kekayaan Zubair bin Awwam r.a.

Dikatakan satu-satunya insan yang hampir setanding dalam kemahiran bertempur sambil berkuda dengan Khalid ibn Al-Walid r.a. (the Drawn Sword of God). Kedua – dua sahabat ini mampu berkuda sambil kedua tangannya menggenggam pedang, sedangkan pengendalian kuda dilakukan dengan kakinya.

Seperti diinformasikan oleh al-Bukhariy (al-Jami’ al-Shahih li al-Bukhariy, Juz 3, hal. 1137), Az-Zubayr RA wafat hanya meninggalkan kekayaan berupa aset tidak bergerak (tanah), termasuk di antaranya adalah sebuah rimba belantara, 11 (sebelas) rumah (besar/daar) di Madinah, 2 (dua) rumah di Bashrah, dan 1 (satu) rumah masing-masing di Kufah dan di Mesir.

Beliau mewasiatkan 1/3 dari total harta peninggalannya (tarikah) untuk para cucunya. Lalu 2/3-nya dibagi-bagikan kepada ahli warisnya.

Beliau memiliki 4 orang isteri di mana setiap isterinya mendapatkan warisan senilai 1,200,000 Dirham dari 2/3 jumlah keseluruhan tarikah (Shahih al-Bukhariy). Berdasarkan info ini, berikut adalah pengiraan jumlah keseluruhan nilai kekayaan peninggalan beliau, termasuk yang diwasiatkannya kepada para cucunya :

Bahagian Isteri = 1,200,000 x 4 (orang isteri) = 4,800,000 Dirham

Angka di bawah ini hasil dari pengiraan mudah yang kita sedia maklum bahawa waris mendapat 1/8 dari jumlah keseluruhan 2/3 tarikah (harta waris) yang mana telah dikurangkan sebanyak 1/3 untuk wasit sebelum itu. Maka:

  1. Total yang diwariskan :  4.,00,000 Dirham x 8 = 38,400,000 Dirham = 2/3 jumlah keseluruhan tarikah
  2. Nilai yang diwasiatkan : 38.400.000 / 2 = 19,200,000 = 1/3 jumlah keseluruhan tarikah

Oleh itu, jumlah akhir tarikah (termasuk wasiat) adalah = 38,400,000 Dirham + 19,200,000 Dirham = 57,600,000 Dirham 

Kekayaan Amr Bin Al-Ash r.a.

  1. 300,000 Dinar

Kekayaan Thalhah Bin Ubaydillah r.a.

  1. Tarikah 1 (tunai)  : 2,200,000 Dirham
  2. Tarikah 2 (tunai)  : 200,000 Dinar
  3. Sedekah 1 (tanah) : 300,000 Dirham (belum dapat disahkan lagi maklumat ini)

Sementara itu, dari sumber lain (al-Thabaqat al-Kubra,Juz 3, hal. 222, Ibn Sa’d) mengutip bahawa jumlah keseluruhan kekayaan saat Thalhah r.a. wafat sekitar 30,000,000 Dirham.

Dr. Yusuf Ibn Ahmad Al-Qasim menjelaskan, informasi yang terakhir ini  disampaikan oleh Muhamad ibn‘Amr al-Waqidiy yang oleh beberapa ulama diragukan ke-tsiqah-annya.

Kekayaan Sa’d ibn Abi Waqqash r.a.

Dalam sepanjang sejarah peperangan Islam, beliau tercatat sebagai orang yang pertama kali terkena tusukan anak panah dan pada yang sama beliau juga yang pertama mengarahkan busur panahnya kepada pihak musuh. Merupakan insan yang terawal masuk Islam iaitu ke-empat dari kalangan lelaki sebelumnya Abu Bakar, Ali dan Zayd, radhiyallah ‘anhum.

Nilai tarikah atau harta warisnya -seperti dikutip oleh Ibn Katsir- sebesar 250,000 Dirham (al-Bidayah wa an-Nihayah, Juz 8, hal. 84).
Kekayaan Abdurrahman bin Auf r.a.

Melebihi seluruh kekayaan para sahabat ! Dalam sekalii duduk bersama Baginda Rasulullah ﷺ, Abdurrahman bin Auf pernah berinfaq sebesar 40,000 dinar.

Kehebatan beliau dalam perniagaan tidak dapat untuk kita menyangkalkannya malah Sahabat Rasullullah ﷺ  ini juga di antara 10 sahabat yang dijamin masuk syurga. Termasuk generasi Assabiqunal Awwaluun (Orang-orang yang mengikuti jalan Islam di awal-awal) serta pahlawan Perang Badar dan Uhud. Teladan yang luar biasa dalam menafkahkan harta di jalan Allah ta’ala.

Beberapa kisah yang pernah diriwayatkan untuk beliau adalah seperti berikut:

Beliau pernah menginfaq-kan separuh hartanya untuk keperluan dakwah pada awal perkembangan Islam. Saat itu Abdurrahman belum dalam kategori “Teramat Kaya”, sehingga Rasulullah ﷺ dengan lidahnya yang mulia mendoakan: “Semoga Allah SWT melimpahkan berkat-Nya padamu, terhadap harta yang engkau berikan. Dan semoga Allah juga memberkati harta yang engkau tinggalkan untuk keluargamu.” Dan terbukti, semenjak itu Abdurrahman bin Auf semakin kaya dan kaya !

Harta benda dengan nilai yang tidak terhitung ditinggalkan keseluruhannya dengan perasaan yang amat tenang dan berserah kepada Allah ketika diperintahkan oleh Baginda Rasulullah ﷺ untuk berhijrah ke Madinah. (Subhanallah, beliau benar-benar manusia hebat). “ I am not in need of all that. Is there any market place where the trade is practiced?… ” (Sahih Bukhari – Book 34)

Ketika Rasulullah ﷺ memerlukan dana untuk membiayai Perang Tabuk yang mahal atas kesukaran medan perang yang sulit, jauh serta keadaan kota suci Madinah yang sedang dilanda musim kering, beliau telah menyumbangkan amal jariah sebanyak 2 Uqiyah Emas sehingga Umar Bin Khattab r.a. berkata, “Sepertinya Abdurrahman berdosa dengan keluarganya karena tidak meninggalkan wang belanja sedikitpun untuk keluarganya.” Mendengar ini, Rasulullah ﷺ bertanya kepada Abdurrahman Bin Auf apakah ia sudah meninggalkan nafkah untuk istrinya ?. “Ya”, jawab Abdurrahman. “Mereka saya tinggalkan lebih banyak dan lebih baik dari yang saya sumbangkan. “Berapa?” tanya Rasulullah ﷺ. “Sebanyak rezeki, kebaikan, dan pahala yang dijanjikan Allah.” Jawabnya. Miskinkah ia setelah itu? Demi Allah, Tidak !

Ketika beliau meninggal dunia pada usia 72 tahun, ia mewariskan kepada empat istri dan anak-anaknya sekitar 2,560,000 Dinar. Amirul Mukminin (Khalifah) pada saat itu iaitu ‘Ali ibn Abi Thalib r.a., berkata kepada jenazah Abdurrahman Bin Auf, ”Anda telah mendapatkan kasih sayang Allah, dan Anda telah berhasil menundukkan kepalsuan dunia.”

Dalam keterangan lain yang saya dapati:

Total aset kekayaan saat beliau wafat –seperti dikutip oleh Ibn Hajar adalah 3,200,000 Dinar [dalam anggaran, Ibn Hajar, al-Fath, Juz 14, hal. 448]. Nilai ini didapatkan dari informasi yang mengatakan bahwa saat wafat, masing-masing dari empat orang istrinya menerima sebesar 100,000 Dinar. Dengan mengikuti pembahagian Fara`idh, maka total tarikah (harta yang ditinggalkannya) adalah :

100,000 Dinar x 4 (orang istri) x 8 (ashl al-mas`alah) = 3,200,000 Dinar

Sementara itu, terdapat versi lain, Ibn Katsir (al-Bidayah wa an-Nihayah, Juz 7, hal, 184) mengutip, saat wafat beliau meninggalkan aset terdiri dari :1000 ekor unta

  • 100 ekor kuda
  • 3000 ekor kambing (di Baqi’)

Kesemua isterinya yang berjumlah empat orang itu memperolehi (dari harga jual aset tersebut) sebesar 320,000 Dinar (nilai ini adalah 1/8 dari total harta diwarisi. Masing-masing isteri mendapatkan 80.000 Dinar.

Dengan data ini maka jumlah peninggalan adalah 80,000 x 4 (orang isteri) x 8 = 2,560,000 Dinar.

Pertanyaan yang berlegar di fikiran saya, adakah aset yang disebut Ibn Katsir di sini berbeza dengan aset yang dikutip oleh Ibn Hajar sebelumnya? Atau aset yang sama hanya berbeza perhitungan atau perbezaan riwayat?

Sekiranya aset berbeza, Masya Allah, sungguh ianya sebuah kekayaan yang terlalu hebat dan sukar untuk kita bayangkan. Maha Suci Allah, beliau benar hasanah di dunia dan akhirat.

Diriwayatkan juga bahawa di saat hendak wafat beliau berwasiat untuk memberikan 400 Dinar kepada para peserta Perang Badr yang masih hidup yang jumlahnya saat itu sebanyak 100 orang. Jumlah nilai wasiat menjadi 400 Dinar x 100 = 40,000 Dinar. Sayyidina Uthman r.a. dan Sayyidina Ali r.a. termasuk di antara yang menerimanya.

Wasiat tersebut belum termasuk wasiat yang diberikannya secara khusus kepada para isteri Baginda Rasulullah ﷺ yang masih hidup dengan jumlah yang agak besar juga sehinggakan Aisyah r.a. sendiri berdoa, “Semoga Allah menyiraminya dengan cairan dari nektar.” (nektar atau salsabil atau madu bunga adalah cairan yang kaya dengan gula yang dihasilkan oleh tumbuhan). Belum dikira lagi dengan budak-budak yang dimerdekakannya secara percuma !

Kesejahteraan Umat Islam Pada Masa Khulafa – Rasyidin

Maha Suci Allah, bukan hanya sahabat utama yang kaya raya malah, rakyatnya juga hidup dalam penuh kecukupan. Dikatakan sewaktu pemerintahan:

Umar Bin Khattab r.a. (10 tahun memerintah)

  1. Mu’adz Bin Jabal memberitahu di Yaman sampaimengalami kesulitan menemukan walau seorang miskin yang layak diberi zakat (Al-Amwal, hal 596)
  2. Mampu menggaji para guru di Madinah dengan bayaran masing-masing sebanyak 15 Dinar per bulan (Ash-Shinnawi, 2006)

Umar Bin Abdul Aziz r.a. (3 tahun memerintah)

  1. Yahya Bin Sa’id (petugas zakat) berkata,“Ketika hendak membahagikan zakat, saya tidak menjumpai seorang miskin pun. Umar bin Abdul Aziz telah menjadikan setiap individu rakyat pada waktu itu berkecukupan” . (Ibnu Abdil Hakam, siroh Umar bin Abdul Azis, hal 59)
  2. Surat Gabenor Bashrah,“Semua rakyat hidup sejahtera sampai saya sendiri khuatir mereka akan menjadi takabbur dan sombong.” (Al-Amwal, hal 256)

Bagaimana teman-teman? Masih beralasan untuk tidak mahu berusaha menjadi seorang yang kaya raya? Mungkin akan akan bertanya bagaimanakah caranya? Antara tips mudah ialah sering mengamalkan solat dhuha, tahajjud dan bermohon kepada Yang Maha Pemberi !

Jangan Sesekali Terlena dengan Harta

Suatu hari seorang lelaki miskin mendatangi Aisyah r.a. isteri Rasulullah ﷺ, Aisyah pun memberinya sedekah. Lalu Aisyah memanggil pembantunya Barirah dan menyuruhnya memperhati dan menyelidiki lelaki itu samada ianya miskin atau berpura-pura menjadi miskin. Melihat kejadian tersebut, Rasulullah ﷺ kemudian menegur Aisyah dengan sabdanya “ Jangan kau berhitung dalam memberi sedekah karena Allahpun tidak pernah berhitung dalam memberikan rezeki kepada kita “ (HR.Nasa’i , Ibnu Hibban, Ahmad dan Haitsami )

Dalam kesempatan lain Rasulullah ﷺ juga menganjurkan: “ Wahai Aisyah, berlindunglah dari api neraka meski hanya dengan bersedekah separuh biji kurma, sungguh separuh biji kurma itu mengisi perut orang yang lapar sama seperti ia mengisi perut orang yang kenyang “ (ertinya, walaupun separuh, biji kurma itu sudah cukup mengenyangkan bagi orang-orang yang sedang kelaparan) ( HR.Ahmad dan Mundziri )

Rasulullah ﷺ adalah seorang Pemimpin dan Usahawan yang sejati. Kemenangan demi kemenangan terus diraih demikian pula kekayaan selalu mengejar-ngejar beliau, sehingga ketika beliau menjadi Pemimpin tertinggi, kekayaan negara pun melimpah ruah. Tetapi tahukah teman-teman ada salah satu doa yang beliau ucapkan sehingga Aisyah terkejut ?.

Aisyah mendengar Rasulullah ﷺ berdoa : “ Ya Allah, jadikanlah gaya hidupku seperti gaya hidup orang miskin, cabutlah nyawaku dalam keadaan miskin, lalu kumpulkanlah aku pada Hari Kiamat bersama kelompok orang miskin “.

Mendengar doa itu Aisyah lalu protes, “ Mengapa engkau berdoa seperti itu wahai Rasulullah ? “, Beliau menjawab :

“ orang-orang miskin akan masuk Syurga 40 tahun lebih awal dari pada orang-orang kaya, wahai Aisyah jangan pernah menolak orang-orang miskin meski engkau hanya bisa memberi separuh biji korma, cintailah orang miskin dan dekatkanlah mereka kepadamu agar Allah juga mendekatkanmu kepadaNYA pada Hari kiamat nanti “ ( HR.Tirmidzi, Baihaqi dan Mundziri )

Mengapa Nabi berdoa demikian, apakah kita tidak boleh kaya raya ? Rasullullah ﷺ bukan orang miskin, beliau Pemimpin yang kaya raya tetapi gaya hidup diri dan keluarganya adalah gaya hidup orang yang paling miskin. Pernah dalam 40 malam rumah beliau tidak ada api yang menyala ertinya tidak ada bahan makanan yang boleh dimasak. Beliau hanya makan beberapa biji kurma dan air sahaja.

Dan ketika beliau meninggal hampir tidak ada harta warisan yang beliau tinggalkan, seluruh kekayaannya diwakafkan dan disedekahkan untuk perjuangan Islam, jadi apakah tidak logik akan doa Rasulullah ﷺ tersebut ?

Kita wajib berusaha menjadi kaya raya selama umur kita masih produktif kerana ada kewajiban berzakat, haji dan sedekah. Namun, banyak di antara kita yang hidup mewah serta berkecukupan tetapi tidak menginfakkan sedikit harta ke jalan Allah. Seperti hadis Nabi yang mengatakan bahawa:

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (aitu): Sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan dan do’a anak yang soleh” (HR. Muslim no. 1631)

 Wallahu a’lam

 

Advertisement

One thought on “Catatan Kekayaan Rasullullah dan Para Sahabat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s