Imaginasi – Adakah Mampu Kita Merasai?

whatsapp-image-2017-09-14-at-12-19-34-pm.jpeg
Gambaran imaginasi pelukis komik Malaysia pada tahun 1997 mengenai rupa Bandaraya Kuala-Lumpur pada tahun 2020 (Majalah Rileks)

3 tahun lagi akan melangkah ke Tahun 2020.

Dulu-dulu masa muda remaja ingatkan tahun 2020 dapat melihat ‘Kereta Terbang’ namun hakikatnya ‘Wang Yang Terbang Melayang’.

Sebelum menjadi semakin parah, lakukan sesuatu sebelum terlambat. Rebutlah pelbagai peluang terbaik demi mencapai ‘Financial Freedom’ di masa mendatang. In Shaa Allah

Tips — Ikat kekayaan anda melalui logam mulia emas dan perak demi kesejahteraan hidup yang berpanjangan

Mampukah Malaysia Menjadi Negara Maju pada tahun 2020?

Pada 26 tahun dahulu (1991), Perdana Menteri Ke-4 Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah mengumumkan satu wawasan yang sangat penting untuk perjalanan ekonomi negara dalam tempoh masa 30 tahun mendatang iaitu wawasan 2020. Saya percaya semua sedia maklum mengenai misi dan visi wawasan 2020 iaitu ingin menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi yang mengikut acuan sendiri. Dalam usaha untuk mencapai negara maju, pertumbuhan ekonomi haruslah konsisten pada kadar purata 7% setahun sepanjang tempoh 30 tahun. Pelbagai perkara yang telah berlaku sepanjang 26 tahun selepas wawasan ini diumumkan.

Pada 6 tahun pertama, impian seolah-olah menjadi kenyataan apabila pertumbuhan ekonomi negara berkembang sangat pesat dimana mencatatkan pertumbuhan purata antara 8% setahun. Namun, langit tidak selalu selalunya cerah apabila pada penghujung 1997, kebanyakan negara Asian, tidak terkecuali Malaysia, mengalami krisis kewangan yang sangat dahsyat. Tempias krisis ini amat dirasai oleh Malaysia dan telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang negatif pada suku pertama 1998. Indek komposit negara jatuh menjunam dan kadar pengangguran meningkat.

Tindakan pantas kerajaan telah berjaya memulihkan ekonomi negara. Namun, pertumbuhan ini bukanlah seperti yang diinginkan kerana pertumbuhan purata ekonomi selepas krisis ini adalah sekitar 5% setahun sahaja iaitu jauh dari pertumbuhan yang diperlukan dalam mencapai wawasan 2020.

Pada 2008, sekali lagi krisis ekonomi berlaku. Namun, krisis ini melibatkan peringkat global. Satu persatu syarikat gergasi dunia seperti General Motor tumbang dalam krisis ini. Malaysia turut merasai kesan krisis ini. Walaubagaimanapun, kesannya tidaklah seteruk krisis kewangan asian 1997 kerana Malaysia telah matang dan belajar dari krisis yang lepas. Pertumbuhan ekonomi negara berkembanag dengan kadar yang perlahan yang mana sekali lagi mampu mengganggu gugat pencapaian wawasan 2020.

Dari huraian di atas, sangat jelas menunjukkan Malaysia menghadapi pelbagai rintangan yang tidak dapat dikawal dalam usaha mencapai wawasan 2020. Terdapat banyak lagi faktor-faktor penghalang yang tidak diterangkan secara terperinci dalam catatan ini yang telah dan akan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara seperti krisis minyak, kestabilan politik, tenaga buruh mahir di Malaysia dan sebagainya. Apa yang lebih malang lagi, kini Malaysia telah termasuk dalam perangkap pendapatan sederhana tinggi. Dengan berbaki tidak sampai 3 tahun, boleh kah kita mencapai wawasan 2020 ?

Saya percaya pelbagai usaha kerajaan seperti dasar ekonomi baru, program tranformasi kerajaan dan program transformasi ekonomi mampu melonjakkan ekonomi negara untuk mencapai negara maju walaupun bukan pada tahun 2020.

Masih tersemat dalam diri saya mengenai “GOLDen Word” dari Dato Wira Louis Ng (Founder Public Gold International) iaitu;

  • To Save Your Family — BUY GOLD
  • To Help Our Nation — KEEP GOLD
  • To Follow Your Religion — USE GOLD

Secara tidak langsung memberikan satu Inspirasi dan kekuatan dalam diri saya dalam usaha menyelamatkan kekayaan yang dibina, mendidik seramai mungkin umat manusia dalam misi memahami kepentingan logam mulia dalam kehidupan juga demi mengembalikan penggunaan Matawang Sunnah sebagai transaksi harian. Doakan saya agar usaha ini diberkati serta dipermudahkan oleh Allah SWT (Allahumma Ameen).

Teras dasar ekonomi baru iaitu, berpendapatan tinggi, keterangkuman dan lestari haruslah dizahirkan agar semua usaha untuk mencapai negara maju dapat dirasai oleh semua lapisan mayarakat Malaysia khasnya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s