Sebanyak manapun harta yang dimiliki sewaktu hidup, pasti tidak akan mampu buat kita membawanya ke alam selepas mati. Namun, milikilah harta sebanyak mungkin dan jadikan ianya sebagai alat untuk kita menambah bekalan menuju akhirat dengan menginfaknya ke jalan Allah.
Firman Allah SWT (Maha Benar Allah atas apa yang difirmankan olehNya)
‘’Siapa yang mau memberi pinjaman kepada Allah, dengan pinjaman yang baik (Menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya, dengan lipat ganda yang banyak. [Al-Baqarah – Ayat 245]
“Perumpamaan orang-orang menafkahkan hartanya di jalan Allah (dalam urusan agama) serupa dengan sebutir benih menumbuhkan tujuh butir (tangkai), pada tiap-tiap butir terdapat 100 biji, Allah melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang ia kehendaki. [Al-Baqarah – Ayat, 261]
Alangkah beruntungnya jika kita kaya harta, dan dalam masa yang sama hati kita kaya dengan cita-cita menuju ke dunia Akhirat. Usah malu memasang impian untuk menjadi seorang hartawan.
Dalam konteks membina kekayaan, pertama sekali kita mesti set dalam kepala bahawa “Kaya Itu Mulia”. Jadikan Rasulullah SAW dan para Sahabat sebagai idola dan motivasi untuk kita menjadi kaya. Kita juga perlu tahu ke mana arah tuju ingin dibawa kekayaan tersebut.
Buat sesiapa yang berniaga, carilah rahsia usahawan muslim tersohor di zaman Baginda Muhammad SAW iaitu Abdul Rahman Bin Auf yang mana beliau bukan hanya seorang multi- millionaire malah beliau juga adalah salah seorang dari Ahli Syurga !
Jadilah seorang kaya dari apa yang kamu rasai dan bukannya dari apa yang orang kata !