Bukan Sebarang Emas – Pilihan Hati

Saya telah berusaha sebanyak mungkin menulis pelbagai post mengenai emas beserta kepentingannya malah, saya sendiri merupakan salah seorang penyimpan emas tegar.

Namun, tujuan utama menyimpan logam anugerah Allah SWT ini tidak lain adalah untuk melindungi diri dan keluarga saya daripada gangguan sistem kewangan dunia yang sangat mudah untuk dimanipulasikan oleh tangan-tangan yang rakus.

whatsapp-image-2017-09-14-at-12-16-04-pm.jpeg

Ini tidak bermakna saya membeli emas sebarangan kerana saya sangat arif bahawa terlalu banyak perangkap yang menunggu masa menjerut kekayaan kita. Sekiranya anda tersalah membeli sesuatu produk berkaitan emas pelaburan, anda akan pasti menanggung kerugian walaupun memiliki emas sebagai contoh melabur dalam skim emas ETA melalui Tok Belagak dahulu.

Percaya atau tidak, salah seorang teman saya pernah terpedaya dan menanggung kerugian bernilai RM250K dalam skim emas ETA ini dan lebih malangnya, beliau membuat pinjaman melalui Bank dan masih membayar ansuran pinjamannya sehingga kini !

Benar, tanpa Ilmu, tidak mempunyai mentor yang baik dan dipercayai serta diri dikuasai nafsu ingin ‘Kaya Segera’ mampu membuatkan kita kehilangan arah

Pelajari Ilmu asas mengenai emas dahulu sebelum melabur di dalamnya.Β Konsep asas membeli emas wajib mendapatkan fizikalnya di tangan setelah pembayaran di buat.

Maka dengan itu saya tidak akan terpedaya kerana saya membina kekayaan dan bukan menjadi papa kedana !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s