Looking for 1,000 New Prospect – Saver, Investor and Trader

logo hwm

Kami di Hailmy Wealth Management sangat komited mensasarkan target untuk mencapai sehingga 1,000 ‘New Prospect’ untuk dibimbing akan kepentingan memiliki logam mulia emas dan perak.

Tetapi sebelum itu, pastikan Anda mengetahui apakah matlamat dan visi memiliki logam ini. Seperti yang kita maklum sebelum ini, terdapat 4 kategori manusia yang menyimpan emas iaitu;

  1. Penyimpan — Kategori ini tertumpu kepada individu yang menyimpan Emas atas tujuan menyelamatkan nilai Matawang mereka yang dihakis oleh Inflasi. Pada masa yang sama mendapat keuntungan maksimun dalam jangkamasa panjang mengikut harga emas semasa dunia
  2. Pelabur — Kategori ini amat mementingkan keuntungan jangkamasa sederhana (ROI) return of investment. Mereka ini biasanya membeli dalam kuantiti yang banyak sebagai contoh 250 gram Gold Bar yang kita sedia maklum semakin berat emas itu maka semakin kecil spread / susust nilainya. Keuntungan berganda sekiranya mereka mempunyai status Dealer yang mana mendapat rebet belian antara 1% ~ 2% atas setiap pembelian ditambah 0.3% sewaktu jualan balik. Target mereka ialah ‘Buy Low and Sell High’ dan mereka mempunyai ilmu teknikal emas dan bijak membaca graf harga emas tersebut
  3. Peniaga — Kategori ini akan menyimpan sambil berniaga emas dan kebanyakkan mereka berstatus Dealer yang sah
  4. Penagih Emas — Kategori ini adalah kumpulan baru yang membeli emas secara tegar. Mereka tidak mengira apa jenis Emas dan harga yang ditawarkan asalkan ianya Emas. Selain daripada produk biasa, mereka juga begitu teruja akan edisi terhad, no siri yang istimewa mahupun design tertentu sehinggakan mampu membelinya dengan harga yang melebihi pasaran semasa

Namun, sebelum menetapkan hasrat memiliki aset mampu milik ini, pastikan anda telahpun mempunyai dana kecemasan terlebih dahulu.

Emas tidak sesekali menjanjikan pemiliknya menjadi seorang hartawan tetapi setidaknya ia mampu menyelamatkan kekayaan dari bahana manipulasi kewangan serta inflasi yang mencengkam !

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s