Fungsi dan kepentingan memiliki emas mampu merealisasikan hasrat buat pemiliknya walaupun dari pelbagai golongan sekalipun. Kunci utamanya, pastikan menyimpan secara konsisten tanpa sebarang keraguan.
Bila berkata mengenai hasrat, ianya berkait rapat kepada matlamat yang ingin dicapai oleh penyimpan emas tersebut. Seperti yang kita maklum sebelum ini, terdapat 4 kategori manusia yang menyimpan emas iaitu;
- Penyimpan — Kategori ini tertumpu kepada individu yang menyimpan Emas atas tujuan menyelamatkan nilai Matawang mereka yang dihakis oleh Inflasi. Pada masa yang sama mendapat keuntungan maksimun dalam jangkamasa panjang mengikut harga emas semasa dunia
- Pelabur — Kategori ini amat mementingkan keuntungan jangkamasa sederhana (ROI) return of investment. Mereka ini biasanya membeli dalam kuantiti yang banyak sebagai contoh 250 gram Gold Bar yang kita sedia maklum semakin berat emas itu maka semakin kecil spread / susust nilainya. Keuntungan berganda sekiranya mereka mempunyai status Dealer yang mana mendapat rebet belian antara 1% ~ 2% atas setiap pembelian ditambah 0.3% sewaktu jualan balik. Target mereka ialah ‘Buy Low and Sell High’ dan mereka mempunyai ilmu teknikal emas dan bijak membaca graf harga emas tersebut
- Peniaga — Kategori ini akan menyimpan sambil berniaga emas dan kebanyakkan mereka berstatus Dealer yang sah
- Penagih Emas — Kategori ini adalah kumpulan baru yang membeli emas secara tegar. Mereka tidak mengira apa jenis Emas dan harga yang ditawarkan asalkan ianya Emas. Selain daripada produk biasa, mereka juga begitu teruja akan edisi terhad, no siri yang istimewa mahupun design tertentu sehinggakan mampu membelinya dengan harga yang melebihi pasaran semasa
Berbalik kepada matlamat dan hasrat penyimpan emas tadi, secara kasarnya dapat saya simpulkan beberapa fungsi emas yang mampu memainkan peranan penting kepada golongan di bawah;
Anak — Emas berfungsi sebagai Tabungan Pendidikan mereka di masa mendatang. Ketika ini pun Yuran Pengajian juga memerlukan kos yang tinggi. Bayangkan selepas 10 tahun nanti. Jika perlu, hanya cairkan bagi menampung kos.
Student di Peringkat IPTA/IPTS — Emas berfungsi sebagai tabungan masa depan untuk dijadikan hantaran kahwin, pembelian rumah, pembiayaan semula PTPTN (jika ada membuat loan sebelum ini) dan modal permulaan perniagaan buat yang berhajat.
Ibu Bapa — Emas berfungsi sebagai insuran kecemasan. Sekiranya berlaku kemalangan seperti rumah terbakar, ibubapa atau anak sakit, kereta rosak dan sewaktu dengannya. Mereka boleh gunakan Emas sebagai back up dalam kehidupan. Pajak atau jual Emas untuk menampung keperluan disaat kecemasan.
Usia Emas — Emas berfungsi sebagai tabungan untuk menunaikan haji/umrah. Atau pertukaran aset seperti tanah dan juga rumah.
Usahawan — Emas berfungsi sebagai dana kewangan untuk rolling bisnes Anda.
Umum — Emas boleh dijadikan sebagai pengikat kasih / hadiah kepada mereka yang tersayang.
Biarpun apa hasrat dan impian di hati, sekiranya tiada usaha untuk menyimpan Emas hatta seberat 0.5gram di tangan sekalipun pasti tidak mampu ianya dapat digenggam utuh sampai bila-bila.