Kisah Toyol, Duit dan Inflasi

WhatsApp Image 2017-09-13 at 1.49.47 PM

Dalam masyarakat Melayu, ada seekor hantu dikenali sebagai toyol. Kerja toyol ialah mencuri duit. Cara toyol mencuri tidak sama dengan manusia mencuri. Dia curi sedikit demi sedikit, dia tidak curi semua, pemilik wang tidak perasan yang wangnya dicuri.

Dalam dunia ekonomi, pencuri yang paling licik ialah inflasi. Inflasi mencuri wang secara langsung dari dompet dan dari akaun bank tanpa mengurangkan sedikit pun ‘jumlah’ wang kita. Yang dicuri bukanlah kuantiti tapi nilai kuasa beli wang kita.

Kita tak rasa wang berkurangan tapi hakikatnya ia tetap berkurangan kerana kuasa inflasi dan mencuri sedikit demi sedikit nilai wang

Inflasi dianggap musuh tradisi dalam ekonomi. Namun ia tetap berlaku. Antara punca utama ialah permintaan yang melebihi penawaran sesuatu produk. Punca utama permintaan berlebihan itu adakalanya kerana sikap manusia yang berbelanja tidak mengikut prinsip perbelanjaan Islam.

Faktor lain ialah riba dan kadar bunga yang mendasari sistem ekonomi. Tiada siapa yang mampu menghapuskan sistem yang sudah sebati dengan ekonomi manusia kecuali masyarakat sudah celik ekonomi dan semua berusaha membanteras riba dan kadar bunga.

Ada juga faktor lain yang mungkin boleh ditambah dan dibincangkan. Banyak faktor yang menyebabkan inflasi dan syariah ada solusi untuk ‘melawan toyol’ ini, berasaskan faktor-faktor tersebut.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s