Peringatan Membina Oleh Sheikh Imran Hosien

whatsapp-image-2017-09-10-at-3-15-48-pm.jpeg

Tatkala melihat Sang Unta yang berkeliaran di kawasan sekitar Aramco Field (Saudi Arabia), saya teringat kata-kata peringatan menusup hati yang pernah diutarakan oleh Sheikh Imran Hosien suatu masa lalu mengenai betapa pentingnya saat ini kita menyimpan Emas.

Beliau sebaik mungkin cuba membuka minda para pendengar agar bangkit dari tidur yang lena. Bayangkan bahawa kita di dalam 2 situasi iaitu;

Pendapatan Bulanan di Bayar Dengan Emas

Aku bekerja sebulan penuh dengan dibayar wang gajian dalam bentuk Emas. Dengan wang gajian ku ini, aku mampu membeli seekor Unta dan bakinya ku simpan di bawah bantal.

Setelah 5 tahun berlalu, ku keluarkan Emas tersebut dari bawah bantal dan dengan nilai semasa Emas tersebut, masih ku mampu membeli seekor Unta.

Perkara yang sama ku lakukan dengan menyimpan bakinya di bawah bantal malah setelah 10 tahun, manakjubkan dengan Emas berbaki aku masih lagi mampu membeli seekor Unta !!

Pendapatan Bulanan di Bayar Dengan Wang Kertas

Aku bekerja sebulan penuh dengan dibayar wang gajian dalam bentuk Wang Kertas. Dengan wang gajian ku ini, aku mampu membeli seekor Unta dan bakinya ku simpan di bawah bantal.

Setelah beberapa tahun berlalu, ku keluarkan Wang Kertas tersebut dari bawah bantal dan dengan nilai semasa Wang tersebut, tidak lagi ku mampu membeli seekor Unta. Hanyalah Sang Keldai sebagai penggantinya.

Ini adalah kerana seseorang telah merompak wang ku tanpa disedari. Aku bertanya pada diri;

  • Ke mana perginya wang ku ini ?
  • Siapakah yang mengambil wang ku ini ?
  • Bagaimana caranya mereka mengambil wang ku ini ?

 

WhatsApp Image 2017-09-10 at 3.15.48 PM(1)

Maha Suci Allah, jika kamu faham tentang perkara ini, pasti akan kamu tahu permainan mereka !!

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s