Sebelum itu, saya adalah anak didik kepada Mentor Emas Wanita Terbaik Negara iaitu Mama Azizah Hasan yang juga merupakan Official Speaker Public Gold International.
Mentor Emas saya ini pernah berkata bahawa;
- Dengan menyimpan Emas kekayaan akan datang dan sekiranya kita menyimpan wang fiat (selain wang kecemasan) kekayaan pasti akan pergi
- Usah terus menunggu harga rendah baru mahu bertindak kerana apabila ianya berlalu, pasti kita akan berputih mata menyesal tak sudah. Saat ketikanya pembelian waktu terdesak dilaksanakan, maka ketika itulah para penyimpan emas menjual simpanan mereka untuk merebut keuntungan
- Keseronokan memiliki Emas apabila di simpan sebaliknya wang fiat itu pula apabila dibelanjakan
- Sebagai pembimbing Emas, teruskan usaha mendidik masyarakat mengenai kepentingan memiliki logam mulia sebaik mungkin dan ikhlas kerana Allah kerana itu adalah antara bekalan terbaik sebelum bertemu penciptanya
- Cabaran yang sangat besar apabila masyarakat menolak dari menyimpan Emas itu pasti akan ada kerana fikirannya telah dijajah sepenuhnya oleh sistem matawang ciptaan manusia yang penuh muslihat. Teruskan usaha mendidik kerana sampai satu masa, akal fikiran mereka pasti akan kembali menyatu dengan realiti sebenar
- Jika ingin menjadi Insan kaya dan berjaya, kita seharusnya mengikut jejak langkah mereka yang telah sedia berjaya dan bukannya terus berangan-angan tanpa tindakan
- Fast Action = Fast Result
Kata-kata azimat ini saya pegang dalam usaha melebarkan Empayar Emas Saya juga menjadi pembimbing emas yang terbaik untuk umat manusia agar bersama mendapat manfaatnya. Justeru itu, teruskan usaha menambah Ilmu dan pada yang sama mendidik diri semoga berjaya mencapai kejayaan hidup serta dikurniakan kekayaan jiwa sepenuhnya. Allahumma Ameen
Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.