Artikel ini hanya melibatkan kepada emas fizikal sahaja samada ianya emas perhiasan ataupun emas pelaburan.
Apabila ditanyakan akan emas, hampir semua manusia mengetahui nya malah perasaan teruja timbul untuk memiliki logam mulia yang hebat ini. Emas sering dikaitkan dengan simbol kekayaan, kecantikan, kekuasaan malah ketuhanan. Tahukah anda bahawa emas telah digunakan sebagai matawang sejak ribuan tahun dahulu ? Biarpun wang kertas menjadi pengganti kini, emas tetap mengekalkan nilai kuasanya di setiap persada dunia.

Berita baik buat para pelabur emas kerana akhirnya emas telah diterima buat pertama kalinya sebagai instrumen pelaburan di dalam kewangan Islam selepas Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI), iaitu badan yang dibentuk bagi menetapkan standard industri berkenaan patuh syariah telah mengeluarkan Standard Syariah pada 19 November 2017 yang lalu.
Rujukan tambahan : World Gold Council
Permintaan Emas Bakal Meningkat
Dengan adanya peraturan baru ini, ia pastinya membuka jalan bagi perbankan syariah menjalankan transaksi emas yang lebih aktif sekaligus meningkatkan permintaan terhadap emas. Kita juga bakal menyaksikan kebangkitan emas sebagai matawang yang digunakan secara meluas di dalam perdagangan dunia.
Perniagaan kewangan Islam yang bernilai $1.88 trillion US Dolar bakal menjadi semakin rancak selepas ini dan membuka banyak peluang perniagaan baru demi kesejahteraan.
Emas Sertai Ekuiti, Hartanah, Bon Islam (Sukuk) dan Takaful
Semua instrumen di atas merupakan medium pelaburan patuh Syariah yang diperkenan dalam dunia pelaburan Islam. Jika sebelum ini, ramai yang menyimpan emas mereka di rumah, peti simpanan berbayar atau memakainya (bagi emas perhiasan), kini anda juga boleh menggunakan emas tersebut sebagai instrumen pelaburan yang terbaik.
Dan jika dahulu emas disifatkan sebagai komoditi yang pasif, kini kuasa sang emas semakin dipertingkatkan agar ianya mampu memainkan peranan yang lebih banyak untuk meningkatkan kekuasaan dan kekayaan bagi umat sejagat.
Perniagaan Kewangan Islam Semakin Diterima Ramai
Ini menandakan satu lagi kejayaan bagi kewangan Islam, dan sekalung tahniah buat mereka yang bekerja keras sepanjang masa bagi memperjuangkan konsep kewangan Islam yang kini terkenal di seluruh dunia.
Malaysia yang merupakan hub kewangan Islam di rantau ini, semestinya menerima tempias terhadap pengumuman ini. Ramai yang beranggapan bahawa Malaysia merupakan pengamal kewangan Islam yang terbaik dan menjadikan Malaysia sebagai contoh bagi membangunkan kewangan Islam di negara masing-masing.
Jalan terbentang luas di hadapan anda. Rebutlah peluang terhebat ini demi menambahkan pendapatan anda dan seisi keluarga