Dari kesemua logam berharga, emas adalah yang paling popular dijadikan sebagai medium pelaburan. Para pelabur biasanya membeli emas sebagai pelindung nilai atau perlindungan selamat terhadap apa-apa krisis dari segi ekonomi, politik, sosial, atau wang fiat (termasuk kemerosotan pasar pelaburan, pertambahan hutang negara, kegagalan mata wang, inflasi, perang dan kekacauan sosial).
Pasaran emas juga tertakluk pada spekulasi seperti mana komoditi lain, khususnya melalui kegunaan kontrak hadapan dan terbitan. Sejarah piawai emas, peranan rizab emas dalam perbankan pusat, hubung kait rendah emas dengan harga komoditi lain, dan penentuan harganya berbanding mata wang fiat sewaktu krisis kewangan 2007–2010 juga bersetuju bahawa emas mempunyai ciri-ciri menjadi matawang sebenar dan terbaik.
Emas telah digunakan di sepanjang sejarah sebagai matawang dan telah menjadi suatu piawai relatif untuk persamaan matawang khusus pada daerah ekonomi atau negara. Banyak negara Eropah mengikuti piawai emas tersebut sehinggalah berlakunya financial crisis yang melibatkan Perang Dunia I.
Selepas Perang Dunia II melalui sistem Bretton Woods, dolar Amerika Syarikat ditambat dengan emas pada kadar AS$35 setiap 1 auns troy. Sistem ini wujud sehingga Presiden Amerika Richard Nixon menamatkan perjanjian ini pada tahun 1971 dan membuat pemindahan ke sistem matawang fiat.
Untuk pemgetahuan anda, matawang terakhir yang keluar dari tambatan emas Franc Swiss pada 2000.

Tidak di nafikan wang yang kita simpan di dalam bank tempatan itu tetap kekal digitnya tetapi, harus diingat, bahawa kuasa belinya sudah hilang separuh dan sangat menyakitkan. Bayangkan ‘Orang Luar’ mampu membeli kekayaan kita dengan nilai yang rendah ketika itu.
Alhamdulillah, buat penyimpan Emas kekayaan mereka tidak terjejas teruk kerana Emas yang disimpan olehnya meningkat, menyimpan kekayaannya malah kalis inflasi.