Assalam dan Salam Sejahtera buat teman-teman Teratak Emas sekalian. Sedikit perkongsian berkenaan apakah itu yang dimaksudkan dengan Public Gold Premium Fees bagi mengelakkan sebarang kemusykilan kepada setiap pelanggan kami.
Apakah itu Premium Fees ?
Ia merupakan fees / charge yang dikenakan ke atas setiap kepingan Emas dan Perak keluaran Public Gold International yang mana ianya berdasarkan kepada berat yang di beli atau dikeluarkan melalui system Gold Accumulation Program (GAP).
Mengapa perlunya Premium Fees ini ?
Pembayaran fees yang dikenakan ini merupakan kos tanggungan sewaktu pengangkutan termasuk insuran dari Nadir Metal Refinery (Turkey) ke Public Gold HQ di Penang sebelum ianya diagihkan kepada setiap cawangan di seluruh Malaysia.
Bilakah masanya ia dikenakan kepada pembeli ?
- Sewaktu transaksi pengeluaran dari akaun GAP dan SAP kepada fizikal
- Pembelian secara retail (lock price and cash buy) bagi produk Emas melebihi berat 10g dan 1 Dinar juga kepada sebarang pembelian Silver Bar (250g, 500g, 1kg dan 5kg)
Perlunya teman- teman ketahui bahawa harga yang dipaparkan di laman web rasmi Public Gold di www.publicgold.com.my hanya menunjukkan harga Premium Over Gold Spot Price yang mana ianya tidak termasuk harga Premium Fees ini.
Oleh itu, bagaimanakah contoh pengiraan akhir bagi tujuan ini ?
Contoh Melalui Pengeluaran GAP
Ali menetap di Semenanjung Malaysia dan mempunyai baki sebanyak 11g Emas terkumpul di dalam system GAP dan berhasrat untuk mengeluarkan Gold Bar seberat 5g sebanyak 2 keping (total = 10g).
Seperti gambar di atas, Premium Fees bagi Gold Bar 5g yang dikenakan ke atas setiap kepingan ialah sebanyak RM10 (pengeluaran dari cawangan di Semenanjung Malaysia). Oleh itu;
RM10 x 2 Keping = RM20 (pembayaran RM20 perlu dijelaskan semasa transaksi pengeluaran GAP tersebut)
Contoh Pembelian Secara Retail
Abu yang juga menetap di Semenanjung Malaysia ingin membeli sekeping Gold Bar seberat 10g melalui retails (lock price and cash buy) melalui laman web rasmi Public Gold di www.publicgold.com.my .
Merujuk kepada harga semasa harga Premium Over Gold Spot Price yang ditawarkan ini bernilai RM 1,946.
Dan berdasarkan kepada gambarajah di atas, Premium Fees bagi produk 10g ini bernilai RM15 bagi setiap kepingan. Oleh itu;
RM 1,946 + RM 15 = RM 1,961
Note: Harga Premium Over Gold Spot Price berubah setiap 20 minit mengikut pasaran semasa dunia kecuali hari Sabtu dan Ahad
Begitu juga untuk pengeluaran emas dari cawangan / branch di Singapura dan Indonesia. Ianya tetap menggunakan konsep yang sama tetapi perbezaannya hanya pada matawang negara tersebut.
Buat anda di Singapura, sila layari website rasmi kami di link: www.publicgold.com.sg untuk melihat harga semasa GAP mahupun retails price. Premium fees yang dikenakan adalah seperti gambarajah di bawah;
Buat anda di Indonesia pula, sila layari website rasmi kami di link: www.publicgold.co.id untuk melihat harga semasa GAP mahupun retails price. Premium fees yang dikenakan adalah seperti gambarajah di bawah;
Matlamat saya hanya ingin membantu anda membuat Pelaburan Emas yang betul, tepat dan selamat demi wang yang dilaburkan agar anda mendapat pulangan yang terbaik di masa mendatang. Semoga sedikit sebanyak ianya dapat memberikan sedikit idea buat para pembaca sekalian.
Semoga Anda kaya dan berjaya di dunia dan akhirat. Allahumma Ameen
Intteresting read
LikeLike