Pengertian Mahar dalam Islam
Mahar (mas kawin) merupakan hak seorang wanita yang harus dipenuhi oleh lelaki yang akan menikahinya. Mahar menjadi hak mutlak seorang isteri dan tidak boleh sesiapa pun mengambilnya, melainkan si isteri redha memberikan mahar tersebut kepada siapa yang diingininya.
Di dalam meminta mahar kepada calon suami, seorang calon isteri tidak boleh menuntut sesuatu yang besar nilainya atau yang memberatkan bebanan calon suaminya demi memudahkan proses akad nikah nanti.
Golongan muda yang masih belum berkahwin di sarankan menyimpan emas demi kegunaan masa mendatang. Penyimpan emas tidak sesekali rugi malah nilainya semakin meningkat dari masa ke masa.
Buat yang ingin berumahtangga, sebelum ijab dan kabul dilaksanakan, pastikan maharnya dipersetujui mengikut jumlah Dinar atau jumlah Ringgit Malaysia. Sekiranya mengikut jumlah Dinar, anda boleh membeli emas bermula sekarang walaupun majlis Aqad nikah akan berlangsung dalam masa setahun lagi.
Tetapi jika si Dara mahu mengikut nilai matawang fiat (pada yang sama bersetuju wang fiat tersebut di ubah kepada Dinar Emas), saya cadangkan anda membeli Dinar Emas itu pada waktu berdekatan majlis berlangsungnya Aqad Nikah itu nanti supaya tidak berlaku perbezaan yang ketara antara harga Dinar dan matawang Ringgit Malaysia yang dipersetujui kerana harga emas ada turun naiknya.
Pernah suatu ketika dahulu sewaktu majlis pernikahan Datuk M. Nasir beliau memberikan sebanyak 13 keping Dinar Emas kepada Datin Marlia Musa pada awal tahun 2000 dan bayangkan 13 keping Dinar Emas yang hanya berharga RM 2,000 ketika itu telah meningkat kepada RM 1,300 ‘sekeping’ pada hari ini (6th Aug 2020) dengan nilai keseluruhannya sebanyak RM 16,900 !
Emas turut mempunyai pelbagai fungsi dan ianya bergantung kepada niat mahupun matlamat yang ingin kita capai. Jika kita melihat Emas daripada fungsi yang pelbagai ini, maka kita akan menjadi seorang pembeli Emas yang tenang. Kita tahu apa yang kita perlu lakukan apabila harga naik, stabil mahupun turun.
Namun, tidak ada upayanya sekiranya diri masih terus dijajah oleh pemikiran bahawa wang fiat itu adalah segala-galanya. Bertindaklah segera sebelum ngauman ‘Sang Emas’ tidak mampu kalian takluki tatkala harganya melambung tinggi di suatu saat nanti.
Pemberian Mahar menggunakan matawang kertas tidak akan mampu bertahan lama atas sebab kekuatan fizikal nya yang terbatas berbanding emas yang mampu anda simpan hingga lahirnya beberapa generasi mendatang.
Dan ingatlah bahawa emas itu bernilai sepanjang zaman, bertindak sebagai insuran dari bencana kewangan, juga penyimpan nilai yang terbaik. Semakin banyak emas terkumpul, semakin banyak keuntungan yang dapat anda nikmati di masa hadapan. InsyaAllah
Emas sangat bernilai sepanjang zaman, Auranya hebat menusuk ke hati, 1 Dinar dijadikan mahar perkahwinan, Agar ikatannya berkat dirahmati Ilahi.
