Half Moon Bay – Al Khobar (Saudi Arabia)

Pagi di bumi Saudi Arabia …. 😊 Alhamdulillah,Setelah sekian waktu 'berjuang' dalam melaksanakan tugasan harian di lokasi, tiba masanya untuk saya merehatkan diri. Cabaran itu sangat hebat dari segi menghadapi operasi sedia ada malah emosi yang wajib di monitor setiap masa lebih-lebih lagi melebihi 4 bulan di perantauan. Uniknya kali ini, pihak pengurusan syarikat bermurah … Continue reading Half Moon Bay – Al Khobar (Saudi Arabia)

Bahaya Tanpa di Duga – Tugasan di Padang Pasir

Apa yang dilihat cabaran besar yang perlu kami hadapi ketika melaksanakan tugasan berkaitan Oil & Gas Industry di Saudi Arabia adalah suhu panas yang melampau berbanding di Malaysia. Bukan sahaja di musim panas malah di musim dingin tidak kurang juga penangannya. Pernah saya merasai suhu sehingga negative-1. Allahu, Di tengah padang pasir yang kurangnya tempat … Continue reading Bahaya Tanpa di Duga – Tugasan di Padang Pasir

Beringatlah – Langit Tidak Selalunya Cerah !

Benar, Tatkala diri berada jauh di puncak, adakalanya mata tertutup akan hadirnya lubang-lubang kecil yang pasti akan membesar tanpa di duga. Mengenang gambar ini menggamit memori yang benar-benar menyentuh hati dan perasaan malah, tidak malu saya katakan bahawa kisah disebaliknya masih menyebabkan parut berbekas di hati sehingga kini. Tiada siapa menduga operasi besar yang kami … Continue reading Beringatlah – Langit Tidak Selalunya Cerah !

Tamparan Buat Hati

Suhu mencecah sehingga di bawah paras 5 Deg Celsius awal pagi tadi diselangi dengan petir dari pelbagai arah. Di tengah padang pasir yang kurangnya tempat berlindung, pemanas yang dibuka juga tidak mampu menampung ganasnya 'Sang Bayu'. Maha Suci Allah, antara ujian terhebat dalam mencari rezeki. Pasti akan adanya sesuatu yang dapat direnungi akan tanda kebesaran … Continue reading Tamparan Buat Hati

Nukilan Khas Buatmu – Junior Politeknik Ungku Omar, Ipoh (Perak)

Adalah suatu yang membanggakan apabila menjadi 'Duta Kecil' PUO di persada dunia. Harapan menguatkan keyakinan, kesungguhan menggapai puncak menara gading. Bermula sebagai pelajar PUO sessi Jan 1999 di bawah Kejuruteraan Elektronik membuka lembaran meniti kejayaan. Pada mulanya adalah sukar untuk merealisasikan impian kerana saya di bawah aliran Elektrik Kuasa sebelum itu yang pernah menuntut di … Continue reading Nukilan Khas Buatmu – Junior Politeknik Ungku Omar, Ipoh (Perak)

Pengalaman Berharga – Bersama Insan-Insan Hebat (Angsi Operation)

Secara tidak sengaja terjumpa gambar-gambar lama sewaktu mengemaskini laptop yang semak dengan pelbagai file awal pagi tadi. Alhamdulillah, setidaknya mengenang kembali memori manis bersama Frac Team sewaktu bertugas di Angsi Field terletak kurang lebih 150km dari Kerteh, Terengganu. Apa yang mengagumkan, ini adalah "The Biggest Offshore Frac Operation In The World" pada ketika itu. Dan, … Continue reading Pengalaman Berharga – Bersama Insan-Insan Hebat (Angsi Operation)

Tatkala Hati di Beduk

Umum mengetahui gurun pasir merupakan kawasan yang panas dan teramat kering. Meskipun menerima taburan hujan yang sedikit Subhanallah, kasih Allah SWT tetap mengalir buat sekalian makhluk ciptaan-Nya. Ketika ini musim panas masih mengganas tetapi tidaklah sekuat berbanding bulan Ramadhan yang telah berlalu. Pada ketika itu, saya bertugas di Shedgum Field melalui Site 27. Suhu yang … Continue reading Tatkala Hati di Beduk

Tips Khas Buat Pekerja Oil & Gas

Alhamdulillah, sahabat seperjuangan saya bertanya bagaimanakah kaedah simpanan yang saya gunakan setiap bulan yang mana pada saya elok jika dikongsikan bersama. Memegang status International Commuter (ICE) di Schlumberger ada masanya membuatkan kita terpaksa membayar semula kepada majikan sekiranya tempoh hari bekerja dalam masa 6 bulan kurang dari yang telah ditetapkan mengikut working schedule. Sebagai langkah … Continue reading Tips Khas Buat Pekerja Oil & Gas

Salam Dari Bumi Saudi Arabia

Sobahul Khair ! Antara keindahan di dunia Oil and Gas Industry, saya berpeluang bertemu dengan pelbagai manusia dari berbeza negara mahupun agama. Apabila adanya waktu terluang, banyak topik kami bincangkan samada isu berkaitan semasa, negara, masyarakat mahupun soal 'Hati ke Hati'. Bertugas menghampiri 16 tahun di dalam ‘Dunia’ ini, mereka lah keluarga kedua saya secara … Continue reading Salam Dari Bumi Saudi Arabia

Green View at Nadec Farm in Haradh

Ktika ini saya sedang dalam perjalanan menuju ke lokasi terbaru kami di Shedgum yang mengambil masa sekitar hampir 3 jam dalam jarak perjalanan sekitar 255km. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat dan seperti biasa hanya pandangan padang pasir sahaja yang menjadi penghias mata sehingga lah kami melewati Nadec Farm di Haradh. Subhanallah, pemandangan yang mendamaikan jiwa tatkala … Continue reading Green View at Nadec Farm in Haradh