Tatkala Hati di Beduk

IMG-20180816-WA0004
Suasana indah berlatarbelakangkan tumbuhan menakjubkan dikelilingi padang pasir yang luas ini di potretkan pada 12 Aug 2018 jam 7.45 am waktu Saudi Arabia. Ketika ini, kami dalam proses Site Move dari MNJR menuju SAHB yang mana jauh perjalanannya ialah sekitar 120 km

Umum mengetahui gurun pasir merupakan kawasan yang panas dan teramat kering. Meskipun menerima taburan hujan yang sedikit Subhanallah, kasih Allah SWT tetap mengalir buat sekalian makhluk ciptaan-Nya.

Ketika ini musim panas masih mengganas tetapi tidaklah sekuat berbanding bulan Ramadhan yang telah berlalu. Pada ketika itu, saya bertugas di Shedgum Field melalui Site 27. Suhu yang direkodkan pada waktu puncak di antara 56 degC hingga 63 degC. Allahu Rabbi …. 😊

Secara peribadi, saya sangat teruja melihat ciptaan Allah yang satu ini. Manakan tidak, ianya hidup subur di tanah yang tandus. Telah lama saya perhatikannya dari jauh sepanjang 3 tahun bertugas di bumi Saudi Arabia yang bertuah. Dan Alhamdulillah, saya diberikan kesempatan akhirnya untuk melihat dan merasai spesis tersebut. Daun nya sangat keras dan kasar.

IMG-20180816-WA0002
Daun berwarna hijau dan permukaannya keras serta kasar

Saya kurang pasti istilah yang harus saya panggil. Adakah ianya antara spesis rumput ataupun pohon renek. Baru-baru ini saya bertanyakan kepada teman setugas berbangsa Arab akan apa namanya dan jujurnya sahabat saya ini tidak tahu nama gelarannya. Menurutnya lagi, ini adalah antara makanan unta-unta yang berkeliaran di padang pasir.

Setelah merenung jauh, pelbagai pengajaran yang saya terima. Benar, sesungguhnya setiap ciptaan dari Allah Yang Maha Agung itu tidaklah sia-sia.

Maha Benar Allah di atas Firman-Nya yang agung;

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Surah Ali ‘Imran : Ayat 190)

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. ( Surah Ali ‘Imran : Ayat 191)

Segala sesuatu yang terjadi dalam hidup kita ini, tidak ada yang terjadi secara kebetulan. Semuanya atas izin Allah SWT dan setiap suatu kejadian itu ada hikmah yang terkandung di sebalik itu.

Justeru itu, jangan terlalu gembira ketika mendapat nikmat dan jangan pula berputus asa tatkala diri di timpa cubaan dan ujian hidup kerana sesungguhnya Allah tidak menghendaki kesukaraan kepada hambanya.

Maha Benar Allah di atas Firman-Nya yang agung;

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. ( Surah Al Baqarah : Ayat 286 )

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Mujib, Jadikanlah kami menjadi sebaik-baiknya Hamba-Mu dan jauhkan kami dari kelalaian, kekufuran, kefakiran serta melakukan sebarang kemaksiatan. Allahumma Ameen.

Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebaikan dan kesabaran.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s