Alhamdulillah, sahabat seperjuangan saya bertanya bagaimanakah kaedah simpanan yang saya gunakan setiap bulan yang mana pada saya elok jika dikongsikan bersama.
Memegang status International Commuter (ICE) di Schlumberger ada masanya membuatkan kita terpaksa membayar semula kepada majikan sekiranya tempoh hari bekerja dalam masa 6 bulan kurang dari yang telah ditetapkan mengikut working schedule.
Sebagai langkah penyelesaian sejak dari awal, saya menggunakan ‘Konsep 70-30’ iaitu hanya 70% dari jumlah keseluruhan pendapatan bulanan digunakan untuk perbelanjaan bulanan.
Sekiranya masih ada sisa, In Shaa Allah boleh digunakan untuk membayar hutang Positive dan Negative
Manakala for another 30% saya distribute as below:
- 10% — Physical Gold and Silver
- 10% — Simpanan Tabung Haji (Backup Kecemasan)
- 10% — Slb Discounted Share Purchase Plan a.k.a. DSPP (Wajib dijual setiap 6 bulan demi menampung bayaran balik akibat ICE system sekiranya ada. Jika tidak, ianya akan saya gunakan untuk pembayaran hutang Positive dan Negative)
Cabaran utama adalah nafsu berbelanja apabila wang gajian terhidang di depan mata. Secara jujur, keazaman harus kuat dalam menghindari keseronokan bersifat sementara agar target mencapai Financial Freedom dapat digenggam sepantas mungkin.

Terfikir juga, usia semakin lanjut dan sampai bila kudrat mampu bertahan di Oil and Gas Industry. Itu belum lagi dikira permainan mental yang sering kali tercabar oleh suasana persekitaran serta tugasan yang perlu dilaksanakan.
Walau apapun, syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan kurnia serta lindungan yang berterusan.