Nukilan Khas Buatmu – Junior Politeknik Ungku Omar, Ipoh (Perak)

Adalah suatu yang membanggakan apabila menjadi ‘Duta Kecil’ PUO di persada dunia. Harapan menguatkan keyakinan, kesungguhan menggapai puncak menara gading.

Bermula sebagai pelajar PUO sessi Jan 1999 di bawah Kejuruteraan Elektronik membuka lembaran meniti kejayaan. Pada mulanya adalah sukar untuk merealisasikan impian kerana saya di bawah aliran Elektrik Kuasa sebelum itu yang pernah menuntut di Sekolah Vokasional Alor Gajah, Melaka dan Institut Perindustrian Kuala-Lumpur. Pada masa yang sama, saya turut pernah bertugas sebagai Electrician selama setahun di sebuah hotel di Selangor selepas tamat pengajian dan mendapat lesen pendawaian di bawah Jabatan Bekalan Elektrik yang kini telahpun bertukar namanya kepada Suruhanjaya Tenaga.

Logo Politeknik Ungku Omar (PUO)

Manakan tidak, segala modul pembelajaran dirasakan begitu sukar dan dunia sekeliling menjadi asing. Di sini, apa yang tinggal hanyalah keyakinan untuk merubah kondisi kehidupan agar mampu berjaya seperti insan yang lain.

Alhamdulillah, saya melalui setiap fasa dan mendapat keputusan yang sangat baik pada setiap semester. Saya juga merupakan pelajar yang sangat aktif. Bertugas sebagai Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) di Jabatan Elektrik dan pada yang sama sebagai Exco di peringkat pusat membuatkan tugasan harian saya sangat berat. Dan jawatan ini saya pegang bermula dari semester kedua hingga ke enam (kecuali semester ke empat atas sebab menjalani latihan industri di Hitachi Air Condition di Bangi). Sebagai tambahan, saya turut dilantik sebagai AJK Kemudahan Elektrik di bawah pihak pengurusan penyelenggaraan PUO yang mana di tugaskan untuk melaksanakan setiap pendawaian elektrik sekiranya ada sebarang program / function di dalam PUO. Barangkali kerana berkat saya memiliki lesen pendawaian yang sah sebelum bergelar pelajar PUO.

Terlalu banyak memori pahit manis ketika bergelar pelajar PUO dan semestinya mengajar saya untuk terus kuat dalam meniti kehidupan. Alhamdulillah saya akhirnya berjaya menjadi graduan PUO dan menerima Diploma Kejuruteraan Elektronik pada March 2002. Hati yang sebak tidak tertanggung lagi, hanyalah air mata kegembiraan menjadi peneman sebagai hadiah dari seorang anak kepada IbuBapa tercinta di atas kesabaran mendidik dan berdoa tanpa jemu agar anak yang dilahirkan berjaya dalam kehidupan.

Jimmy in Saudi Arabia
Saya berlatarbelakangkan operasi berkaitan tugasan di bumi Saudi Arabia

Disember 2001, bermulalah kerjaya bersama syarikat gergasi No 1 dunia di dalam Oil and Gas Industry sebagai Service Supervisor Trainee di Kemaman, Terengganu. “Schlumberger Oilfield Services” adalah nama yang tidak pernah luntur dari bibir masyarakat dunia. Dan sehingga nukilan ini di tulis, saya telahpun bertugas selama hampir 21 tahun merangkumi pelbagai negara antaranya Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan kini di Saudi Arabia.

Untuk adik-adik ku pelajar PUO sekalian, adalah tidak mustahil untuk setiap kita menuju ke puncak. Perjalan yang jauh adalah bermula dari langkah pertama. Jika tersesat di tengah jalan, gunakanlah akalmu agar koordinat yang akan kalian tujui tetap di dalam sasaran.

Buat pensyarahku sekalian, adalah tidak salah jika dikatakan bahawa kadang kala modul pembelajaran hampir 100% tidak sama dengan realiti di alam pekerjaan. Namun segala input yang diberikan beserta dengan tugasan dan projek yang dilaksanakan, sedikit sebanyak membantu para pelajar membentuk jati diri disamping membuka minda agar lebih memfokuskan sesuatu ilmu baru di alam pekerjaan.

Untukmu para pensyarah, sekalung tahniah di atas usaha keras kalian. Ganjaran yang besar menantimu di ‘Jannah’ dan doakan anak didikmu ini terus mengecapi kejayaan buat di dunia mahupun akhirat.

Kini, kejayaan yang dimiliki meningkat dengan kukuh saban waktu. Sungguh membanggakan anak Malaysia kini mampu seiring dengan tenaga pakar di luar sana walaupun kita berbeza bangsa, negara dan agama. Untuk itu buat semua adik-adikku, berusahalah dengan teguh agar kalian mewarisi kejayaan para senior mu dan menjadi contoh pula kepada generasi PUO di masa mendatang.

Hayatilah makna akan ‘Lagu Rasmi PUO‘ yang sering kita dendangkan di minggu orientasi. Kita akan lebih memahaminya setelah diri melangkah pergi.

Akhir kata, penghargaan yang tidak terhingga buat Politeknik Ungku Omar, Puan Hajah Atikah Bt Bakar (Ibu Guru DEE 99) dan para pensyarah yang bertungkus lumus memastikan pelajar DEE sessi Jan 1999 ~ Dec 2001 menamatkan pengajian dengan jayanya. Semoga PUO tetap unggul menuju ke puncak persada ilmu. Tanpamu, diri ini tidak akan berjaya sehingga ke tahap ini di masa kini.

Buat para graduan dan Alumni PUO di serata pelusuk dunia, sesungguhnya anda adalah insan yang sangat istimewa.

Kekuatan dan Keamanan Melalui Teknologi!
Yuhailmy Jamil | 013DEE99 | Diploma in Electronic Engineering

PUO Matrix Card
My PUO Matrix Card … 😊
Pengalaman Mendewasakan Pemikiran. Buat para sahabat PUO di luar sana especially Batch Jan 1999, semoga kalian terus success atas apa yang di usahakan.
.
God Bless You All … !!
Cenderamata Perpisahan
Cenderamata perpisahan buat DEE Batch 99
Classmate
Classmate DEE Batch 99 (Saya berada di tengah2 berdiri di barisan kedua)

Advertisement

2 thoughts on “Nukilan Khas Buatmu – Junior Politeknik Ungku Omar, Ipoh (Perak)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s