
Benar,
Tatkala diri berada jauh di puncak, adakalanya mata tertutup akan hadirnya lubang-lubang kecil yang pasti akan membesar tanpa di duga.
Mengenang gambar ini menggamit memori yang benar-benar menyentuh hati dan perasaan malah, tidak malu saya katakan bahawa kisah disebaliknya masih menyebabkan parut berbekas di hati sehingga kini. Tiada siapa menduga operasi besar yang kami usahakan sejak awal berakhir dengan tragedi malang yang mampu meragut nyawa sekelip mata !
Perit,
Itulah yang kami rasakan membuat hari-hari kami seterusnya muram akibat impak kejadian. Jujurnya, emosi saya dan crew benar-benar terganggu.
Disebalik semua itu, mengembalikan semula semangat yang hilang setelah setahun berlalu demi membuktikan sepenuhnya kepada ‘Mereka’ bahawa operasi yang sama akan tetap kami mampu menakluknya dengan penuh kecemerlangan bukanlah kerja yang mudah.
Jangan dikata penat lelah bekerja. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui betapa kuatnya fizikal dan mental kami pertaruhkan demi menjayakan sebuah tugasan hingga ke hujungnya ini.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, operasi kami diiktiraf sepenuhnya di peringkat yang lebih tinggi malah, tidak terkecuali pujian menggunung diterima yang bagi saya ketika itu adalah penghujung waktunya diri berundur setelah berjaya membuktikan sesuatu kepada ‘Mereka’.
Buat para Sahabat seperjuanganku yang berganding bahu membuktikan hasrat tersebut, di mana sahaja kalian berada, pasti doa dan harapan ku panjatkan agar kalian terus success serta tetap di dalam lindunganNya.
Dunia Oilfield memang kecil. Biarpun berpisah puluhan tahun sekalipun, tetap akan dipertemukan di suatu masa walau di lokasi berbeza dengan izin Allah.
Buat permaisuri hatiku, sekalung kasih buatmu atas doa dan semangat. Walaupun anakanda tidak dapat diselamatkan tatkala diri berada ditugasan tersebut, In Shaa Allah akan dia menunggu kita di ‘sana’.
Ingatlah,
Walaupun langit tidak selalunya cerah, percayalah bahawa mendung tidak akan kekal selamanya. Pasti akan adanya ruang untuk kita bangkit semula dengan semangat baru yang penuh membara !
Redha dengan segala ketentuan Allah dan pasti akan dikurniakan perasaan yang penuh bahagia. Allahumma Ameen
#AbuAdam
Memories in E8 Platform
