Allahu Allah,
Buat mereka yang sering mempersoalkan berapa lamakah lagi diri ingin bergelumang di dalam dunia pekerjaan ini, maka inilah harinya.
Dan ternyata, darah sesekali tidak menjadi biru… 😊
Selama hampir 20 tahun di dalam industri Oil and Gas dan pernah bertugas di 8 buah negara, terlalu banyak perkara pahit manis untuk dikenang dan semuanya ini merupakan azimat kekuatan untuk saya melangkah lebih jauh ke hadapan.
Melalui perjalanan panjang ini Allah anugerahkan saya pengalaman yang amat berharga, menemui pelbagai manusia dan mempelajari budaya mereka yang unik. Tidak terkecuali, berjaya mendapatkan beberapa kejayaan serta pengiktirafan hingga bertaraf dunia.
Sungguh,
Segala puji pujian hanya milik Allah, dengan pujian yang melimpah ruah, agung serta penuh keberkahan untukNya.

Sekalung kasih buatmu Bonda yang kini berada di alam sana (Al Fatihah – Semoga di tempatkan bersama para kekasih Allah), Ayahandaku, para Adinda sedarah sedagingku, Permaisuri Hatiku dan para Anakandaku atas segala doa dan pengorbanan yang diberikan.
Tidak dilupakan juga buat teman seperjuangan yang bersama-sama merealisasikan impian agar tugasan dan kewajiban yang di berikan berjaya hingga ke hujungnya.
Kalian adalah guru dan sahabat yang sangat baik buat diriku!
Demi Allah,
Sokongan dan bantuan kalian sangat bermakna. Bersama kita mengenangkan segala memori bersama agar kenangan manis ini dapat menceriakan hari-hari yang mendatang.
Ingat,
Lumrah kehidupan yang mana tidak selamanya kita di atas!
Ujian Allah itu Maha Hebat dan sememangnya ia adalah suatu anugerah buat mereka yang mengerti. Yakinlah, jika menganggap ada hikmahNYA disebalik setiap ujian, maka akan segeralah ditarik kembali olehNya segala musibah.
Rumi pernah berkata;
“Jika engkau kesal terhadap setiap kesukaran, bagaimana cermin mu akan menjadi jernih?”
Wahai diriku yang bahagia,
Tatkala dirimu lemah tidak berdaya malah cabaran kehidupan di dunia sementara ini terus menekan dirimu hingga jatuh tersungkur sekalipun maka, bangkitlah.
Bangkit dengan penuh semangat dan ucapkan lah kalimah suci dengan sepenuh hati…. Allahu Akbar!
Hanya pada-Nya kita berserah diri dan kepada-Nya jualah kita memohon perlindungan.
Buat anak-anak muda yang sering bertanya kepada diriku akan keinginan bertugas di industri ini, ingatlah bahawa wang ringgit bukanlah ‘kiblat utama’.
Jika tersalah langkah, menyesalnya diri seumur hidup lamanya. Jika diberi pilihan selainnya, carilah pekerjaan yang mampu memberikan keuntungan buat dirimu, keluarga dan agama.
Buatlah sedikit ‘research’ dan bertanyakan kepada mereka yang sedia ada di dalam industri ini. Jika jiwamu kental dan koordinat tujuanmu benar, silakan dan aku bersedia membantumu dengan perkongsian ilmu yang Maha Kerdil ini.
Alhamdulillah,
Jauh di lubuk hati, saya dapat merasai kebahagiaan di penghujungnya. Tiada sebarang tugasan yang tidak disertakan dengan pelbagai masalah. Pastinya mendidik diri untuk terus maju melangkah ke hadapan.
Ada waktu, konflik kerja itu pasti akan hadir. Lumrah kehidupan di dunia Oil and Gas field.
Sebagai Leader, usahakan agar dapat mengawal diri sendiri juga buat mereka yang berada di bawahan. Bangkitkan sinergy di dalam team. InsyaAllah perkara yang dianggap sukar pasti terasa mudah dengan izin Allah.
Teringat kata Sang Guru;
Ambil lah seketul batu dan lemparkan ke dalam gelas. Pasti akan engkau lihat percikan air itu. Dan jika nasib mu tidak baik, pasti membasahi pakaian mu.
Nah,
Kini ambil lagi seketul batu yang lain. Campakkan lah ke dalam laut yang luas. Pasti akan engkau lihat, tidak terkesan sama sekali walaupun engkau lemparkan dengan batu yang lebih besar dari itu.
Maka, besarkan jiwa dan hatimu!
Syukur ke hadrat Yang Maha Pemberi,
Rezeki kurniaan Allah dapat dkongsikan bersama pelbagai makhluk Tuhan sebelum ini. Walau hanya sekadar yang mampu, jujurnya ianya adalah pemberian ikhlas saya lillahi Ta’ala.
Semoga saya sekeluarga terus kuat untuk mengharungi suatu demensi yang baru. Dan semoga, saya terus diberikan kekuatan dan kemuliaan Allah untuk terus berbakti kepada para hambaNya.
Allahumma Ameen.

English Version
Salam and Good Day to All,
Almost 20 years with Blue Giant Company, it is my turn to add my name to the list of people who are no longer apart of Schlumberger.
I want to take this opportunity to thanks everyone that supported me over my career with and all the people that crossed my path and the friendships created. God has blessed me in many ways, and I am grateful for what I have, and the opportunities God has created in my life over these years. Alhamdulillah.
I have had the privilege to serve in 7 different countries outside of Malaysia, participated on many successful teams and operations; and I have established many relationships from a variety of countries. Friends and family are what it is all about. Honestly, you guys are amazing, tough, innovative, and driven for excellence.
For all of this, I thank you for blessing my life.
Life goes on so I am turning the page and opening the next chapter. I am grateful for the experiences and challenges that I have gained through my years with Schlumberger. I look forward to new horizons and more great experiences ahead. InsyaAllah
At last, I hope this finds you well and I hope to see you down the road. All the best to those that are no longer, and those who are still working. Stay safe and healthy.
God bless you!
Yuhailmy Jamil (AbuAdam)
Sang Pemimpi di Oil and Gas Industry
2002 – 2021









