Makrifatullah; Jalan Keselamatan Diri Dunia dan Akhirat Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung; (Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya … Continue reading Qalbun Salim Bil Makrifatillah
Month: September 2020
Gurindam 12 – Raja Haji Fisabillah
Fasal 1 Barang siapa tiada memegang agamaSekali kali tidak boleh dibilangkan namaBarang siapa mengenal yang empatMaka ia itulah orang yang ma’rifat Barang siapa mengenal diriMaka telah mengenal tuhan yang bahriBarangsiapa yang mengenal duniaMaka taulah dia barang yang terperdaya Barangsiapa yang mengenal akhiratMaka tahulah dia barang yang mudharat Fasal 2 Barangsiapa mengenal yang tersebutTahulah dia makna … Continue reading Gurindam 12 – Raja Haji Fisabillah
Simpan Emas Sebagai Tabungan Menunaikan Haji dan Umrah
Alhamdulillah sebut sahaja Tanah Suci Mekah terbayang Kaabah yang Indah di depan mata. Terimbas kembali kenangan manis di Rumah Allah ini pada Feb 2020 lalu yang pastinya tidak mampu memori unik ini melangkah pergi. Saban waktu hati sering berharap agar kembali menjadi Tetamu Allah di bumi bertuah kelahiran Rasullullah SAW. Bagaimana dengan Anda?Sudahkah memasang niat … Continue reading Simpan Emas Sebagai Tabungan Menunaikan Haji dan Umrah
Al Kisah – Wang Kertas
Ada yang bertanya kepada saya;"Adakah rugi jika menyimpan dalam bentuk wang kertas?" Sebenarnya, tidak salah sama sekali menyimpan dalam bentuk wang kertas ini cuma ianya tidak sesuai untuk jangka masa panjang atas sebab kelemahannya dalam menyimpan nilai. Pada saya, wang kertas ini hanya sesuai untuk transaksi jual beli sahaja. Katakan anda kini mempunyai wang simpanan … Continue reading Al Kisah – Wang Kertas
Bebaskan Diri Dari Cengkaman Hutang !
Ada yang berhutang, akhirnya derita dan sengsara di kemudian hari.Ada yang berhutang, akhirnya mendapat keuntungan di kemudian hari.Ada yang tidak mahu berhutang agar boleh tidur lena di malam hari. Alhamdulillah Hendak berhutang atau tidak, ia merupakan pilihan hidup kita yang menentukan. Tiada siapa yang akan memaksa kita untuk berhutang atau tidak. Namun, jikalau sudah berhutang, … Continue reading Bebaskan Diri Dari Cengkaman Hutang !
Pantun Tok Kenali
Bismillah itu mula disebut,Rahman dan Rahim sifat mengikut,Dunialah akhirat nyatalah luput,Jalan hakikat pula diturut. Alhamdulillah pujinya Insan,Robbil Alamin sifatnya Tuhan,Selawat Nabi akhir zaman,Muhammad Amin Abi Burahman. Jalan yang takzim pula dikata,Atas Nabi Junjungan kita,Sahabat empat nyatalah serta,Tiada berhenti sekejap masa. Jalan hakikat sangat terbilang,Tiada binasa urat dan tulang,Daging dan darah tiada hilang,Maka sifat itu dibawa … Continue reading Pantun Tok Kenali
Pandangan Mata Hati
Kata Imam Al Ghazali; "Sesiapa yang kuat pandangan mata hatinya, maka keadaannya akan menjadi seimbang, di mana dia tidak lagi melihat selain daripada Allah SWT. Dia tidak lagi mengenal selain daripada Allah SWT (tidak fokus kepada yang lain-ini hal fana'). Maka, ketika itu dia mengetahui (bukan dengan pengetahuan akal semata-mata, tapi dengan penghayatan) bahawa tiada … Continue reading Pandangan Mata Hati
Forgotten Saving – Simpanan untuk Dilupakan
Pepatah mengatakan 'simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit', namun realiti yang berlaku masa kini ialah, 'simpan sikit-sikit, lama-lama masih sedikit'. Ini adalah salah satu 'penyakit' kewangan, simpan sikit-sikit, sekali 'bocor' jumlahnya amatlah banyak. Kerana itu guru-guru kewangan menyarankan, setiap kita wajib mempunyai simpanan yang dinamakan "simpanan untuk dilupakan". Dalam bahasa Inggeris pula dipanggil sebagai 'forgotten saving'. … Continue reading Forgotten Saving – Simpanan untuk Dilupakan
Nasihat Dari Ibrahim Bin Adham
Ibrahim bin Adham berkata; Telah datang kepadaku beberapa orang tamu dan saya tahu mereka itu adalah seorang ulama sufi. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah SWT. Lalu mereka berkata; "Kami mewasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu; Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan kesedaran … Continue reading Nasihat Dari Ibrahim Bin Adham
Makna Kemerdekaan Dan Kebebasan Menurut Ahli Tasawwuf
Kemerdekaan atau kebebasan menjadi salah satu perhatian Para Sufi. Perhatian mereka terhadap persoalan kebebasan nampak jelas dalam setiap pernyataan mereka yang menyebut dengan jelas bahasa kebebasan dengan kata al-hurrîyah (kebebasan). Bahkan di antara mereka ada yang membincangkan secara khusus mengenai kebebasan (al-hurrîyah) seperti al-Qushayrî melalui kitab al-Risâlah al-Qushayrîyah yang menulis topik khusus mengenai kebebasan (al-hurrîyah), … Continue reading Makna Kemerdekaan Dan Kebebasan Menurut Ahli Tasawwuf
