Anak-Anak Kecil Penghuni Syurga

Seringkali ditanya bagaimana kedudukan anak-anak kecil yang meninggal dunia?

Rasulullah ﷺ menggambarkan mereka dalam 2 kelompok;

  • Bagi arwah anak-anak dari orang yang tidak beriman, mereka akan menjadi pelayan di dalam syurga dan hidup bebas di dalamnya tanpa mempedulikan ibu dan bapa mereka.
  • Kelompok anak-anak orang yang soleh termasuk yang keguguran, akan ditempatkan di dalam syurga Allah di gunung yang indah.

Di gunung itu terdapat pokok-pokok thuba dan anak-anak ini dijaga oleh Nabi Ibrahim AS dan Sarah AS. Mereka sentiasa berada dalam kekenyangan dan tidak pernah berasa haus, malah sentiasa berdoa kepada Allah agar dapat berpimpinan tangan dengan kedua ibu dan bapa mereka kerana tidak berkesempatan melakukannya di dunia dahulu.

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya;

Di syurga terdapat sepohon pokok iaitu pohon thuba yang semuanya dapat menikmati susunya termasuklah bayi-bayi yang meninggal dunia yang masih menyusu dan pengasuh mereka ialah Nabi Ibrahim Khalilullah.

Bagi anak-anak kecil yang tidak lagi menyusu, akan ditempatkan di dalam perut burung-burung berwarna hijau dan berterbangan di dalam syurga.

Apabila tibanya waktu semua orang mula ditempatkan di dalam syurga dan neraka, anak-anak kecil tadi belum masuk ke syurga dan apabila diminta oleh malaikat untuk berbuat demikian, mereka menjawab;

“Kami tidak akan masuk selagi tidak bertemu dengan arwah ibu dan bapa kami dan kami ingin masuk ke syurga bersama mereka.”

Apabila malaikat memberitahu anak-anak itu bahawa ibu bapa mereka berada di neraka, mereka terus menangis dan berkata;

“Jika di dunia kami tidak sempat bersama ibu dan bapa kami, kenapa di akhirat juga kami tidak boleh bersama mereka? Izinkan kami memberi syafaat kepada ibu dan ayah kami, untuk kami masuk ke dalam syurga Allah.”

Mereka berterusan menangis sehingga turunnya rahmat Allah, dan kemudian memerintahkan malaikat supaya mengambil ibu bapa kepada anak-anak ini yang sedang berada di dalam neraka, dengan syafaat yang diberikan oleh-Nya, lalu dibawa masuk ibu bapa bersama-sama anak-anak mereka ke dalam syurga.

Lalu setelah ibu bapa anak-anak ini dikeluarkan daripada neraka, mereka akan memegang tangan ibu bapa mereka dan bergayutan dengan penuh kegirangan menuju ke syurga Allah SWT.”

Semoga para pembaca yang pernah dan sedang melalui dugaan berat ini beroleh syafaat hasil dari kesabaran ketika menghadapinya di dunia. Ingatlah bahawa kasih dan rahmat Allah sentiasa mengalir buat sekalian hamba-hambaNya.

Wallahu a’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s