Apa yang saya lihat melalui kempen ‘Buy Muslim First’ (BMF) ini, jika dianggarkan hasil keuntungan dengan purata RM10 sehari dengan pembeli yang berjumlah 5 juta orang maka, kekayaan Muslim bertambah RM50 juta sehari dan setahun nilai anggaran nya adalah sebanyak RM18.250 billion.
Nilai bayaran zakat perniagaan setidaknya mampu mencapai nilai RM500 juta setahun dan implikasinya pasti mampu membantu para asnaf serta perkembangan ekonomi Islam itu sendiri.
Pada masa yang sama, masih banyak bidang yang perlu kita teroka dan perluaskan. In Shaa Allah
Buat para Peniaga yang telah melihat impak keberkesanan kempen ini, sebaik mungkin jangan tergoda dengan angka dan menangguk di air yang keruh. Jika niat suci atas keinginan mendapat rahmat serta keredhaan Allah, InsyaAllah akan dibukakan lagi pintu rezeki seluas-luas nya.
Masya Allah,
Tanpa kita sedar dengan membantu dalam pembelian barangan dari peniaga muslim, besarnya ganjaran dan pahala yang di curahkan Allah ke atas hamba-hambaNya. Syukur ke hadratnya yang menyatukan hati-hati kita semua.
Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
(QS. Al-‘Ankabut 29: Ayat 69)
Pernah terdetik rasa hati ingin membuka mini market yang hanya menjual produk barangan Muslim dan pada masa yang sama menjadi salah seorang pengusaha cendawan tiram di Semenyih, Selangor.
Tidak mustahil impian ini menjadi kenyataan atas izin Allah.
Doakan saya !