Tiada segalanya yang mudah tanpa perancangan awal dalam mencapai visi dan misi sesuatu tugasan lebih-lebih lagi melibatkan operasi yang teramat besar di Saudi Arabia.
Kekuatan hanya dari segi pengalaman tidak semestinya membuatkan kita hebat. Sokongan dari pelbagai pihak samada mereka yang berada di atas mahupun di bawah, mampu merealisasikan target yang ingin di capai.
‘Synergy‘ dan ‘Teamwork‘ adalah rahsia di sebaik kejayaan.
Maha Suci Allah,
Setiap hari pasti akan adanya pengalaman baru melalui pelbagai cabang ilmu mengiyakan bahawa ilmu Allah itu Maha Luas dan walaupun dilakarkan dengan dakwat sejumlah lautan bumi sekalipun, masih jauh kerdilnya berbanding diriNya.
Pesan Baginda Rasullullah SAW;
“Barangsiapa mahukan kelebihan dunia, hendaklah dengan ilmu. Barangsiapa mahukan kelebihan akhirat, hendaklah dengan ilmu. Barangsiapa yang mahukan kelebihan kedua-duanya, hendaklah dengan ilmu”.
Semoga diri seumpama ‘Sang Padi‘ yang masak ranum, semakin berisi semakin menunduk ke bumi, menyedari diri hanyalah sebagai hamba dari Yang Maha Agung. Allahumma Ameen
Tatkala di tanya sampai kapan diri akan berhenti di kerjaya yang sangat banyak mengorbankan norma kehidupan selama ini?
Pasti,
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui… 😊
Ilmu akhirat itu umpama padi, maka ilmu dunia itu umpama rerumput. Jika menanam padi, pasti rerumput mengikuti.
Tuntutlah ilmu sejak dari buaian sampai ke liang lahat. Ilmu itu bagaikan bintang-bintang yang gemerlapan, menerangi malam di kala kelam dan suram. Dan mencari ilmu itu wajib bagi setiap muslim.
Pisang Raja dalam perahu,
Masak buah pisang sekerat,
Barang siapa yang tinggi ilmu,
InsyaAllah darjat akan diangkat.
Wallahu a’lam
👑😎
Pada tanggal 13 Sep 2020 1.52 AM, “TeratakEmas.Com” menulis:
> Yuhailmy Jam
LikeLike