Siapa tahu kota London yang amat sibuk ini terdapatnya simpanan emas di bawah tanah yang dipercayai kepunyaan Ratu Elizabeth?
Terdapat berpuluh ribu jongkong emas yang disimpan di sini dengan setiap satunya bersaiz 400 Troy Ounce ataupun 28 pounds ataupun 12kg dan berketulenan 24 karat.
Jumlah jongkong emas itu dikatakan seberat 5,134 tan dan kemungkinan besar kuantiti sebenar melebihi dari ini. (Sumber: http://www.independent.co.uk/news/business/news/gold-price-bars-hidden-in-secret-vaults-beneath-the-bank-of-england-worth-248bn-a6994276.html )
A tonne of gold is equal to 80 bars !
Pastinya ianya tersimpan rapi dengan kawalan yang amat ketat serta dipenuhi dengan ciri-ciri keselamatan terbaik.
Apa yang anda saksikan dalam gambar-gambar di bawah ini hanyalah 1/20 dari keluasan sebenar gudang emas ini. Keluasannya adalah lebih besar dari keluasan bangunan tertinggi di London, Tower 42.
Gudang ini dibina di bawah tanah dengan ketebalan dinding gudang sehingga beberapa meter di bawah jalan raya yang sibuk di London. Ia dikatakan berada di lokasi Old Lady of Threadneedle, di mana ibu pejabat Bank of England’s City of London berada.
Dengan harga pasaran semasa, harganya kini telah melepasi MYR1 Trillion!