Telah menjadi adat resam manusia jika dilihat dalam sejarah peradaban dunia yang mana orang awam akan mula membuat pembelian Emas kerana perasaan takutnya mereka disebabkan impak dari politik, ekonomi dan juga ketidakstabilan kewangan negara.
Pada mereka, membeli emas bertujuan untuk memastikan ‘kekayaan’ benar-benar di dalam ‘genggaman’.
Emas terkumpul hanya ‘pemunya’ yang mengetahui jumlah dan nilai keseluruhan. Semestinya tiada sesiapa yang boleh ‘menafikan’ hak mereka.
Tetapi, apabila keadaan menunjukkan kestabilan, pemunya secara mudah mencairkan emas miliknya dengan tukaran kepada aset-aset yang lain. Ini disebabkan pada anggapan mereka, emas tidak penting buat masa kini kecuali hanya digunakan sebagai perhiasan.
Ayuh kita imbas kembali keadaan semasa yang pernah berlaku di dunia dahulu sebagai contohnya di Greece, ramai pakar ekonomi mula memikirkan semula tentang pemilikan emas sebagai ‘wealth protection’ berbanding menyandarkan matawang mereka kepada bentuk yang lain.
Semoga anda masih tidak terlambat dan mengambil peluang sebelum harga Emas dunia semakin menuju ke angka yang yang tidak mampu untuk ditakluki.
Bermulalah dengan serendah 1 gram untuk seisi keluarga setiap bulan. Biarpun sedikit, anda pasti melihat hasilnya di waktu mendatang.
InsyaAllah