Kita sedia maklum bahawa emas memberikan pulangan terbaik pada jangka waktu panjang. Namun hakikatnya, populasi masyarakat Malaysia masih kurang menyimpan logam istimewa kurniaan tuhan ini sebagai bekalan waktu mendatang.
Manakan tidak, menjadi lumrah manusia apabila melihat wang fiat yang banyak di depan mata terutamanya sewaktu musim gaji ‘Kebocoran’ itu pasti akan muncul kerana selalunya kita berfikir dengan wang gajian sebanyak ini apa yang ingin kita beli / inginkan.
Alangkah indah jika setiap detik hati berhasrat untuk menyimpan setiap hujung bulan demi kegunaan di masa mendatang.
- Berapa lamakah lagi akan anda kecapi waktu persaraan anda?
- Sudahkah anda bersedia?
- Apakah perancangan yang telah dilakukan sebelum memasuki era tersebut?
Sekiranya kemampuan diri hanya 1 Gram per bulan untuk seisi keluarga sekalipun, Alhamdulillah itu sudah memadai.
Sekiranya usia anda hanya berbaki 5 tahun lagi sebelum bersara penuh, setidaknya anda telahpun memiliki 60 Gram pada ketika itu yang pastinya dapat membantu sedikit sebanyak dari apa yang dirancangkan.
Yang pasti, kemahuan harus seiring dengan usaha !