Tersenyumlah wahai Saudaraku yang bahagia.
Kerana rezekiMu telah dibahagi dan disusun oleh Allah dan begitu juga urusan hidupmu. Urusan dunia tidak layak untuk membuatmu bersedih semacam ini kerana semuanya ada di tangan Yang Maha Hidup dan Maha Mengatur.
Seorang mukmin hidup dalam dua hal, iaitu kesulitan dan kemudahan. Keduanya adalah nikmat jika dirimu menyedari.
Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;
“Allah akan Memberi balasan kepada orang yang bersyukur.” (QS.Ali Imran: 144)
“Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpan batas.” (QS.Az-Zumar: 10)
Bagi seorang mukmin, kesulitan dan kemudahan adalah ladang untuk menabung pahala dan hadiah dari Allah SWT. Lalu, mengapa diri masih bersedih?
Katakan pada masalah itu,
“Sungguh aku punyai Allah yang Maha Besar !”