Al Kisah – Anak Muda Yang Hebat

Plants

Sungguh !!

Saya amat menghargai anak muda ini. Masakan tidak, dengan usia belum mencapai 18 tahun, beliau mengambil keputusan sendiri menyimpan Emas walau bukan dari dorongan keluarga nya sendiri.

Urusan penjualan emas dan perak serta bimbingan berterusan adalah antara tugas utama saya hampir setiap hari. Melayani para pelanggan juga bakal penyimpan logam mulia yang baru memberikan saya suatu kekuatan serta perasaan keterujaan atas semangat jihad ilmu. Malah, transaksi harian ada waktunya menjejak 5 angka dan syukur kepada Allah di atas anugerah ini. Kebiasaannya para pelanggan saya ini berusia di atas 18 tahun dan menepati syarat pembukaan akaun simpanan emas mahupun perak melainkan sejak awal pembeli menyatakan ingin membuka akaun bersama untuk anak-anak mereka.

PG Bangi

Sehinggalah di suatu hari, pihak pengurusan Public Gold Cawangan Bangi memaklumkan kepada saya mengenai salah seorang pelanggan baru saya ini masih belum berusia 18 tahun dan memerlukan maklumat penjaga bagi tujuan pengaktifan akaun emasnya. Saya sedikit tersentak ketika itu. Melihat kepada gambar profile nya, beliau bertubuh besar dan anggapan saya sudah pasti beliau telahpun bekerja. Saya terus menghubungi beliau tetapi tiada sebarang jawapan. Baik melalui panggilan telifon mahupun applikasi WhatsApp.

Setelah sekian lama, saya mendapat khabar darinya dan benar, beliau masih bersekolah Menengah dan Alhamdulillah, turut mengikuti pengajian Integrasi Tahfiz di salah sebuah sekolah di negeri Selangor. Akhirnya, dapat juga saya close isu ini sebaik mungkin.

Dari maklumat yang saya ketahui, beliau merupakan salah seorang follower saya dalam diam dan sering membaca hampir setiap posting saya berkenaan logam mulia. Alhamdulillah, hati saya berbunga tatkala ilmu yang disampaikan mampu membuka minda dan pintu hati para pembacanya.

Kagum !!

Ya, itu yang lahir dari hati saya. Atas kesedaran di usia muda akan manfaat dan kegunaan emas di waktu mendatang, beliau kumpul wang lebihan yang ada bagi tujuan simpanan emas ini. Berbanding mereka yang sudah bergaji besar sekalipun belum tentu mempunyai emas hatta seberat 0.5 gram …. 😊

Saya berdoa semoga Adinda Naufal kaya dan berjaya buat di dunia mahupun di akhirat serta mendapat kejayaan yang penuh cemerlang di dalam peperiksaan akhir SPM pada tahun ini. Semoga usaha yang dilakukan selama ini mampu memberikan keputusan yang membanggakan serta membahagiakan kedua IbuBapa mu.

Remember, a journey of Kilo’s coming from single gram !!

Perjalanan saya demi mencapai impian bagi mendidik serta menyelamatkan masyarakat Malaysia dalam usaha menyimpan logam mulia demi masa mendatang ini masih jauh. Dengan populasi rakyat Malaysia yang melebihi 30 juta orang kini, barangkali peratusan yang menyimpan emas dan perak masih belum mencapai 10% darinya.

In Shaa Allah. Dengan bantuan dari-Nya, saya yakin dan pasti impian saya ini akan dapat saya realisasikan secepat yang mungkin. Doakan saya !!

 

Sang Pemimpi  — Yuhailmy a.k.a Jimmy

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s