“Jimmy, did you have a ready stock Gold Bar for 1 Tola ?”. Pertanyaan dari salah seorang teman setugas saya yang berasal dari Negara India.
Terpana sebentar dan fikiran saya berputar. “Apa yang dimaksudkan dengan Tola?”
Rupanya ia merupakan unit timbangan yang sering digunakan dalam industri jual / beli Emas di India. Mengikut kata beliau, 1 Tola bersamaan dengan 10gram Emas.
Saya membuat sedikit research dan hasilnya membingungkan saya kerana terdapatnya perbezaan nilai timbangan berbanding gram yang mana perlunya kita melihat dan bertanya terlebih dahulu sekiranya ada transaksi yang ingin dilakukan.
Apa itu Tola ?
Tola atau Tolaka atau Tolah atau Tole merupakan unit timbangan lama yang digunapakai di Selatan Asia juga menjadi pengukur penepatan timbangan Emas dan Perak serta pernah diserapkan dalam sistem pemerintahan British di India suatu ketika dahulu.
Walaupun penggunaan Tola telah digantikan dengan sistem metrik sejak 1956, ia masih lagi digunakan oleh orang ramai yang berurusan berkaitan Emas terutamanya dari India, Pakistan, Nepal dan Bangladesh malah turut serta dalam pasaran Emas di Tanah Arab sehingga kini.
Kadar Tukaran
Agak meragukan kerana International Standard bagi 1 Tola bersamaan dengan 11.66 gram.
Malah ianya mempunyai 2 kadar berat yang berbeza iaitu;
(1) India
- 1 Tola — 10 gram
- 1 Tola — 11.66 gram
(2) Pakistan
1 Tola — 12.5 gram
Maklumat Tambahan
Buat yang berhajat membeli atau menjual sebarang produk Emas melalui unit timbangan ini, saya menasihatkan agar kalian terlebih dahulu mengenalpasti dan bersetuju dengan nilai yang ditawarkan dalam bentuk gram kerana ianya berbeza di sesetengah tempat terutamanya yang melibatkan pembelian barangan kemas.
Bagi saya, tiada keraguan jika membeli Gold Bar kerana telah dinyatakan berat yang sah dalam nilai gram melalui sijil yang dipertontonkan.
This guy is happy with his 1 Tola (10g) of Public Gold 24 Karat Gold Bar.
Product also came with LBMA accreditation and GST free.
Maka tidak hairanlah negara mereka tersenarai antara negara penyimpan emas terbesar dunia !